Siakap Keli
Gambar via Bernama

BWF Ambil Keputusan Batal Semua Kejohanan Di Rusia & Belarus 

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram telah membatalkan semua kejohanan yang dibenarkan di Rusia dan Belarus, ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Memetik laporan, tiada kejohanan BWF lain akan diperuntukkan kepada Rusia atau Belarus sehingga diberitahu kelak.

Bendera kebangsaan Rusia dan Belarus tidak boleh dipamerkan dan lagu kebangsaan Rusia dan Belarus tidak boleh dimainkan di mana-mana kejohanan yang dibenarkan oleh BWF.

BWF akan terus memantau keadaan dengan teliti dan akan secara proaktif berunding dengan rakan kongsi pergerakan sukan antarabangsa untuk membincangkan pilihan lain yang berpotensi mengukuhkan langkah terhadap kerajaan Rusia dan Belarus.

BWF menyampaikan rasa simpati dan kebimbangan yang mendalam kepada Persatuan Badminton Ukraine dan akan memberikan sokongan khas kepada komuniti badminton Ukraine.

Sebelum ini, badan induk bola sepak FIFA turut mengumumkan bahawa tiada perlawanan bola sepak antarabangsa yang akan dimainkan di Rusia dan lagu kebangsaan Rusia akan diharamkan daripada perlawanan pasukan di luar negara.

Sumber: Badminton World Federation

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.