Isra’ Mikraj merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh umat muslim yang ada di muka bumi. Pada hari ini, Nabi kita, Muhammad S.A.W di bawa ke atas langit berjumpa dengan Allah S.W.T. Disitulah bermulanya lima tiang agama umat muslim yang wajib dilaksanakan.
Seperti yang tertera dalam kalender tahun 2022, tarikh sambutan Isra’ Mikraj 2022 telah jatuh pada 1 Mac 2022 bersamaan dengan 27 Rejab 1443H.
Ia telah termaktub dalam Takwim 2022 Miladiah/ 1443-1444 Hijriah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berdasarkan Panel Pakar Falak JAKIM.
Namun, hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti bagi hari tersebut kerana ia termasuk dalam Hari Kelepasan Umum Negeri.
Negeri-negeri yang terlibat adalah seperti berikut;-
- Kedah
- Negeri Sembilan
- Perlis
- Terengganu
Sumber: Kabinet.gov