Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar Via Persatuan Kartografi Melaka

Masih Wujud Sehingga Hari Ini, Peta Tahun 1602 Jadi Bukti Wujud Penempatan Di Kawasan Pantai Melaka

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Negeri Melaka mempunyai pelbagai sejarah yang terus kekal diingati sehingga kini. Pada zaman kegemilangan suatu ketika dahulu, Melaka menjadi lokasi tumpuan pedagang dari seluruh dunia.

Ia juga dikenali sebagai bandar yang sangat besar, yang dipenuhi dengan ratusan ribu penduduk di pelbagai penempatan.

Menerusi perkongsian Persatuan Kartografi Melaka di Facebook, peta pada tahun 1602 menunjukkan bahawa pelbagai penempatan sememangnya wujud di sepanjang kawasan pantai Melaka dari timur dan barat Kota Melaka.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai peta tersebut.

Melaka merupakan salah sebuah kerajaan dan pelabuhan yang terunggul di dunia ketika zaman kegemilangannya. Catatan sejarah juga pernah mengatakan bahawa terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan di sini yang membawa maksud Melaka pernah menjadi pusat perdagangan yang termasyur dan terhebat bukan hanya di kawasan Asia Tenggara, malah di seluruh dunia.

Berdasarkan catatan ahli sejarah lampau yang dipetik daripada buku atau penulisan yang bertajuk The Malayan Peninsula Embracing Its History, Manners and Customs of the Inhabitants, Politics, Natural History, Etc. from Its Earliest Records, tahun 1834, ketika zaman kegemilangannya, Melaka:

If a person sailed from Malacca to Jagra, there was no occasion to carry fire with one, for wherever he stopped he would find the people’s houses. On the eastern side likewise from Malacca as far as Batu Pahat (hewn stone) there was the same uninterrupted succession of houses, and a great many people dwelt along the shore ; and the city of Malacca, without including the exterior, contained nineteen lacsas of inhabitants (190,000).

Terjemahan dalam Bahasa Melayu: Jika seseorang belayar dari Melaka ke Jagra, tidak sesekali atau perlu untuk membawa api, kerana di mana sahaja dia berhenti dia akan menemui rumah orang. Di sebelah timur begitu juga dari Melaka hingga ke Batu Pahat di sana pun sama penggantian rumah tanpa gangguan, dan ramai orang tinggal di sepanjang pantai; dan juga Bandaraya Melaka, tanpa termasuk bahagian luarnya, mengandungi sembilan belas lacsas penduduk (190,000 orang).

Berdasarkan kenyataan di atas, pasukan pengkaji Persatuan Kartografi Melaka melakukan penelitian terhadap peta kawasan sekitar Kota Melaka seawal tahun 1602 iaitu peta Nova tavoa geographica da tera do sertam de Malaca atau New Geographic Map of the Interior of Malaca yang dihasilkan oleh Manuel Godinho de Eredia. Berdasarkan pemerhatian, didapati sepanjang kawasan pantai Melaka dari timur dan barat Kota Melaka sememangnya wujud pelbagai penempatan yang ada diantaranya masih wujud sehingga hari ini.

Antara kawasannya ialah Tanjung Dahan, Sungai Baru, Tanjung Bidara, Pantai Kundur, Tanjung Kling, Klebang, Punggur, Telok Mas dan beberapa lagi lokasi lain yang dinyatakan di dalam peta berusia 420 tahun tersebut. Berkemungkinan besar, kawasan yang dinyatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sumber: Godinho De Eredia, M. (1602) New Geographic Map of the Interior of Malaca. Retrieved from the Library of Congress.

The Malayan Peninsula Embracing Its History, Manners and Customs of the Inhabitants, Politics, Natural History, Etc. from Its Earliest Records

Gambar Via Persatuan Kartografi Melaka

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka