Siakap Keli
Kredit: Britainnica

Ramana K Naidu Buka Ladang Jagung Khas, Tiada Lagi Kekurangan Bahan Mentah Untuk Makanan Haiwan

Beberapa minggu lalu, Malaysia kecoh dengan kekurangan sumber makanan asas seperti ayam mentah, telur dan sebagainya.Hal tersebut sangan membimbangka seluruh rakyat Malaysia.

Tambahan pula, mereka yang melangsungkan perniagaan dan bahan utama adalam sumber-sumber tersebut. Terdahulu, isu tersebut dikatakan berkait rapat dengan kenaikan harga bahan mentah yang merupakan sumber utama untuk memproses dedak ayam seperti jagung, kacang soya dan sebagainya.

Oleh itu, menerusi akaun Facebook Mohd Fidaus Mat Saat, merupakan seorang usahawan ayam daging, beliau kongsikan seorang individu iaitu En Ramana K Naidu yang berjaya membina sebuah ladang jagung khas untuk makanan haiwan di Malaysia.

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah.

Tanaman Jagung Untuk Makanan Haiwan Di Malaysia

Tahniah buat usahawan muda ini. En Ramana K Naidu. Beliau sudah pun menjalankan aktiviti penanaman jagung untuk makanan haiwan di Malaysia dengan keluasan tanah lebih 200 ekar. Di mana belajar?

Beliau belajar di Indonesia, Thailand, China dan India untuk mengetahui kaedah dan teknik penanaman jagung ini. Jagung ini, bukan jagung yang kita beli di pasar malam tu. Jagung untuk makanan haiwan ni, lain sikit. Dia lebih keras. Benih pun lain. 

Di Thailand dan Indonesia dah banyak ditanam. Mohon Pak Menteri Dan Dua Timbalan Menteri Pertanian yang jumlah gaji lebih ratusan ribu setiap bulan mengkaji untuk memperluaskan lagi projek ini ke seluruh negara. 

Malaysia kaya dengan tanah, subur pulak tu. Mungkin projek projek sebegini perlu disegerakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga bahan mentah jagung di pasaran dunia. 

Jika boleh dikomersialkan, ia akan :

1. Mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

2. Aliran wang dalam negara, ekonomi semakin baik.

3. Elak duit keluar dari Malaysia.

Tahniah En Ramana. Menteri demi Menteri Pertanian bertukar, sampai ke sudah tak jadi apa. Yillek puchik. Semoga En Ramana terus berjaya menghasilkan kualiti jagung seperti yang diperlukan untuk dibuat dedak makanan di Malaysia.

Bantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang ini. Usaha untuk menjadikan persediaan bekalan makanan dalam negara untuk jangka masa panjang perlu dimulakan.

Sumber: Mohd Firdaus Mat Saat

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.