Siakap Keli
Gambar Via Indo Zone

(Video) Gempar, Lelaki Dakwa Masak & Makan ‘Raja Jin’, Ini Penjelasannya

Tular di Indonesia mengenai seorang lelaki yang mendakwa bahawa telah memasak dan memakan makhluk aneh yang digelarnya sebagai raja jin, lapor Indo Zone.

Memetik laporan Indo Zone, makhluk itu mempunyai sepasang mata dan gigi yang menyerupai manusia, dengan hidung yang mancung dan tidak berlubang.

Makhluk itu direbus oleh lelaki tersebut atas dapur batu dengan kayu api. Makhluk yang tekstur dan warnanya seakan-akan kerikil kaki lembu itu digaul dengan pelbagai rempah ratus.

“Ini rakan-rakan, ini dahi. Jadi jin ini mempunyai rambut yang halus, mata pun ada, seram.

“Bibir macam monyet dan giginya panjang, misai pun ada,” kata lelaki itu sambil menunjukkan rupa makhluk yang sedang dimasaknya itu.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa dia berlawan dengan raja jin itu dan berjaya menang, sebelum membuat keputusan untuk memasaknya.

“Dahi ini menunjukkan jin ini garang. Anda boleh melihatnya dari atas matanya, ia mempunyai dua tanduk tetapi satu telah patah,” dakwa lelaki itu.

Tambahnya lagi, rasa makhluk itu sangat sedap dan berbau wangi.

Bagaimanapun, menerusi video penuh yang disebarkan, ‘makhluk’ itu disyaki kaki lembu yang telah diubah suai dengan meletakkan mata, gigi dan kaki ayam dan video itu dibuat hanya untuk tujuan hiburan sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: Indo Zone

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.