Siakap Keli
Gambar: TikTok Afina Syifa

(Video) Ingatkan Kulit Melepuh Sebab Covid-19, Rupanya Ini Punca Lepas Makan Ubat

Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan seorang gadis yang mengalami kulit melepuh sebaik sahaja dia disahkan positif Covid-19, memetik laporan Detik Health.

Menurut laporan, Afina Syifa memaklumkan menerusi video itu bahawa dia positif Covid-19 sebaik sahaja dia pulang bercuti bersama-sama rakannya di Bandung. Apabila dia mengetahui dia positif, Syifa cuba mengambil beberapa jenis ubat.

“Ahli keluarga saya turut memberikan saya ubat,” ujar Afina menerusi video itu.

Mengalami bengkak dan ruam

Selesai memakan ubat berkenaan, gadis itu mula mengalami keadaan di mana ruam di bahagian muka dan bibir yang semakin membengkak. Sejurus dia mengalami simptom tersebut, dia segera dibawa ke rumah sakit Islam di Bandung.

Dia menjalani semua ujian kesihatan termasuk pemeriksaan x-ray. Keputusan menunjukkan keadaan dia baik-baik sahaja dan sebab mengapa dia mengalami keadaan sedemikian mungkin kerana reaksi dia terhadap Covid-19.

Namun, perkara ini menjadi lebih serius apabila dia dilapor mengalami tangan melepuh, kaki merah-merah dan dia tidak boleh berjalan. Malah dia turut mengalami mata berair.

Kemudian, dia menjalani pemeriksaan kesihatan sekali lagi di hospital. Keputusan hospital kali ini menunjukkan bahawa dia menghidap sindrom Stephen Johnson (SJS).

Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar tentang sindrom Stephen Johnson ini dimana keadaan kulit yang melepuh akibat reaksi alahan badan manusia terhadap ubat-ubatan atau ejen jangkitan.

Pada asasnya penyakit ini tidak dapat dikenal pasti punca sebenar, tetapi biasanya keadaan ini dicetuskan oleh ubat-ubatan atau jangkitan. Beberapa punca biasa termasuk vaksin, reaksi terhadap ubat-ubatan dan jangkitan.

@afinasyf

kaya zombie tp harus ikhlas euy

♬ original sound – afina syifa – afina syifa

Sumber: Detik Health & TikTok Afina Syifa

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.