Siakap Keli

(Video) Panik, Roslan Shah Rebah Ketika Sedang Ditemu Bual Secara ‘Live’ Di Televisyen

Gempar hari ini apabila pengacara terkenal, Roslan Shah tiba-tiba rebah ketika siaran langsung sebuah rancangan televisyen tengah hari tadi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh saluran Emproduction Picture di YouTube, Roslan pada awalnya dilihat sedang ditemu bual oleh dua orang pengacara sebelum mengalami batuk dan jatuh terlungkup.

Keadaan itu membuatkan dua pengacara tersebut tergamam. Roslan juga dilihat terbaring lemah di atas lantai dan dibantu oleh kru-kru yang berada di dalam studio tersebut.

Situasi cemas itu membuatkan penonton di rumah tertanya-tanya mengenai keadaan kesihatan Roslan.

Bagaimanapun, pihaknya masih lagi belum mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut.

Memetik laporan Kosmo, Roslan ada memuatnaik satu hantaran dalam Instastory miliknya semalam, memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan kurang sihat.

“Esok (semalam) sebelum masuk studio kena buat ujian calitan dan hantar malam ini (malam tadi) juga.

“Walaupun kepala kurang sihat kena hujan sudah dua hari,” katanya.

Sumber: Emproduction Picture

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.