Bagi penggemar sekuel filem dari Marvel Studios, nama ‘Doctor Strange’ mungkin sudah tidak asing lagi. Watak Doctor Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch merupakan antara watak penting utama dalam Marvel Universe.
Berita baik buat para peminat Doctor Strange di luar sana, sekuel terbaru Doctor Strange In The Multiverse of Madness akan ditayangkan dua hari lebih awal dari Amerika Syarikat tau! Marvel Studios telah mengumumkan tarikh filem ini bakal ditayangkan di Malaysia, iaitu pada 4 Mei 2022.
Berdasarkan treler, filem kedua Doctor Strange ini mengisahkan tentang Strange telah membaca satu mantera yang terlarang di mana ia membolehkan pintu multiverse dibuka. Ia merupakan sebuah ancaman yang besar buat pasukan Strange dan juga kehidupan manusia.
Jadi, untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada Strange dan pasukannya, anda boleh ‘lock’ tarikh pada kalendar anda dan tonton bersama rakan mahupun keluarga di pawagam nanti.
JUST ANNOUNCED: Marvel Studios' #DoctorStrange In The Multiverse of Madness will be releasing in Malaysia on 4 May 2022, 2nd Day of Raya! 💥
TWO DAYS EARLIER THAN THE US! 🤩🥳 pic.twitter.com/YdNQwPlZXD
— GSC (@GSCinemas) March 1, 2022
Sumber: Twitter