Siakap Keli
Kredit: Asia Newsday

Padah Serang Ukraine, Tali Pinggang Hitam Taekwondo Putin Ditarik Balik

Persatuan Taekwondo Dunia (World Taekwondo) memutuskan untuk menarik balik tali pinggang kehormat ke-9 hitam yang pernah diberikan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin pada November 2013.

Menurut kenyataan rasmi World Taekwondo, pihak mereka menentang sekeras-kerasnya serangan kejam Russia terhadap Ukraine yang bermula sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, peperangan yang berlaku antara Russia dan Ukraine adalah bertentangan dengan visi World Taekwondo iaitu “Kedamaian lebih berharga daripada kemenangan”.

Tambah kenyataan itu, mereka kini menarik kembali tali pinggang hitam yang pernah dikurniakan kepada Vladimir Putin hampir sepuluh tahun lalu iaitu pada November 2013.

Bendera Russia tidak dikibar di acara taekwondo dunia

Sebagai salah satu solidariti bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, tidak akan ada satu bendera mahupun lagu kebangsaan Russia atau Belarusia yang akan dipamer serta dimainkan dalam acara taekwondo dunia.

Dalam masa sama, World Taekwondo bersama-sama Kesatuan Taekwondo Eropah tidak akan menganjurkan dan mengiktiraf mana-mana acara Taekwondo yang diadakan di Russia dan Belarus.

Taekwondo Dunia menerusi kenyataan itu turut menegaskan bahawa mereka mempunyai fikiran yang satu iaitu dengan rakyat Ukraine, selain turut berharap pergolakan antara dua negara itu berakhir dengan aman dan segera.

Terdahulu, persatuan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dan Union of European Football Associations (UEFA) mengumumkan bahawa pasukan bola sepak Russia turut dilarang menyertai Piala Dunia dan semua pertandingan Eropah,

Sumber: World Taekwondo

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.