Siakap Keli
Kredit: Al-Jazeera

Hollywood Henti Tayang Filem Di Russia, Antara Yang Dibatalkan Ialah ‘The Batman’

Warner Bros dilapor menghentikan terbitan The Batman di Russia beberapa hari sebelum ia ditayangkan di pawagam di sana. Hollywood bertindak sedemikian berikutan menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Menurut Al-Jazeera, Warner Bros, Walt Disney Co dan Sony Pictures berkata pada Isnin lalu bahawa mereka akan ‘menjeda’ tayangan filem mereka di Russia. Setiap studio mempunyai keluaran penting yang telah ditetapkan untuk debut di peringkat antarabangsa dalam beberapa minggu akan datang.

The Batman adalah salah satu filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Ia telah dilancarkan pada hari Jumaat minggu lalu di Amerika Utara dan negara-negara lain termasuk Russia. 

“Memandangkan berlakunya krisis di Ukraine, WarnerMedia menghentikan sementara tayangan filem ‘The Batman’ di Russia.

“Kami akan terus memantau perkembangan krisis antara dua buah negara ini. Kami juga berharap agar tragedi ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara aman aman,” kata jurucakap studio menurut laporan Al-Jazeera.   

Warner Bros akan mengikuti apa jua keputusan yang dibuat oleh Walt Disney Co pada Isnin lalu. Sebelum pengumuman Disney (sebelum itu), Warner Bros dijangka akan meneruskan penerbitan The Batman di Rusia.

“Disebabkan berlakunya pencerobohan tanpa provokasi ke atas Ukraine dan krisis kemanusian yang agak tragis, kami membuat keputusan untuk menghentikan filem yang bakal ditayangkan di Russia.

Dalam masa sama, Pixar juga dilapor turut menghentikan tayangan filem baharunya, Turning Red.

Untuk makluman, syarikat penerbitan filem berkenaan telah merancang untuk memutuskan hubungan perniagaan dengan negara itu berhubung dengan perang Ukraine sejak Isnin lalu.

“Sekatan ekonomi Barat menyebabkan ruble Russia jatuh menjunam pada hari Isnin apabila banyak negara mengambil keputusan untuk menyekat bank Rusia. 

Sabtu lalu juga, Akademi Filem Ukraine menggesa penerbit filem antarabangsa memboikot industri filem Russia.

Memetik Al-Jazeera, kumpulan media antarabangsa itu juga bekerjasam dengan NGO untuk memberikan bantuan segera dan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Ukraine.

Sumber: Al-Jazeera

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.