Pernah tak terfikir kenapa setiap kali anda pergi ke stesen minyak kenderaan-kenderaan besar seperti lori, bas dan van mesti akan berada di tempat pam minyak diesel?
Manakala bagi kereta dan motosikal yang lain mesti berada di pam minyak petrol. Bagi anda yang gemar mengetahui bab-bab kereta mesti anda tahu kenapa kenderaan berat memakai minyak diesel kan?
Tapi bagaimana pula mereka yang masih tidak tahu sebab mengapa kenderaan-kenderaan besar ini hanya menggunakan minyak diesel. Merungkai persoalan tersebut, laman Mental Floss ada jawapannya.
Tahukah anda di antara dua jenis minyak diesel dan petrol ini ternyata ada bezanya. Perbezaan yang sering diperkatakan adalah dari segi ciri pembakarannya.
1. Nisbah mampatan diesel yang lebih tinggi
Menurut Engineering Explained menerusi Mental floss, enjin kereta biasanya mempunyai palam pencucuh untuk menyalakan campuran bahan api dan udara di dalam silinder.
Oleh itu minyak diesel adalah berbeza jika dibandingkan dengan percikan api yang digunakan minyak petrol. Nisbah pemampatan diesel yang lebih tinggi memastikan kecekapan terma yang lebih tinggi dan pembakaran bahan api yang lengkap.

2. Diesel sebagai bahan bakar yang perlahan
Menurut Science ABC, kenderaan berat seperti lori perlu menggerakkan beban atau muatan badan lori dengan menggunakan banyak tenaga.
Oleh itu, pembakaran diesel yang perlahan ini dapat memastikan bahawa tenaga yang dibekalkan tersedia untuk tork pada kenderaan walaupun pada kelajuan rendah.
Untuk pengetahuan, tork membawa maksud jumlah daya yang dikenakan ke atas objek didarab dengan jarak.
Hal ini menjadikan lori dengan bahan bakar diesel adalah lebih kondusif untuk mereka kerana saiznya yang lebih besar dan membawa beban berat serta melalui jalan yang lebih berliku, jauh dan mencabar.
Sebab mengapa diesel tidak sesuai untuk kenderaan kecil?
Bahan bakar diesel jelas mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan petrol. Namun, enjin diesel ternyata mempunyai beberapa kelemahan yang menjadikan ia tidak sesuai digunakan pada kereta yang lebih kecil.
1. Bunyi enjin kuat dan getaran yang tinggi
Menurut Science ABC sekali lagi, nisbah diesel adalah lebih tinggi jika dibandingkan minyak petrol. Hal ini menjadikan enjin diesel menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan getaran yang lebih kasar dan keras.
Oleh itu perkara ini tidak sesuai jika ia digunakan ke atas kenderaan yang lebih kecil.
Bayangkan jika kenderaan kecil anda menggunakan minyak diesel? Gegaran kuat terjadi, tidakkah ia merosakkan kereta anda?
Berbeza dengan kenderaan jip, SUV
Namun ada juga pengeluar kenderaan yang sudah menghasilkan enjin diesel khas buat kenderaan kecil seperti jip, suv dan pancuan empat roda. Kenderaan ini mempunyai enjin yang direka bentuk khas untuk menggunakan diesel.
2. Kos penyelengaraan tinggi
Kelebihan diesel sebelum ini sudah tentulah mempunyai kelemahannya iaitu dari segi kos penyelenggaraan.
Enjin yang menerima tahap getaran yang tinggi sudah tentu mudah ‘wear and tear’. Dalam erti kata lain mudah haus. Oleh itu ia memerlukan kos penyelengaraan dengan segera.
Sumber: Mental Floss & Science ABC