Siakap Keli
Twitter: Sabah Netizen

“Saya & Pendaki-Pendaki Menjadi Saksi,” Lelaki Kongsi Kisah Salji Pernah Turun 27 Tahun Lalu Di Sabah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita fenomena salji yang berlaku di Gunung Kinabalu. Beberapa video dan gambar yang beredar mula tular di media sosial.

Mana tidaknya, kedudukan negara kita di atas garisan khatulistiwa menyebabkan negara kita hanya mengalami dua musim sahaja sepanjang tahun, iaitu musim hujan dan juga musim panas.

Sebenarnya, Gunung Kinabalu pernah diselubungi salji pada tahun 1975 dan 1993. Peristiwa itu mungkin tidak asing lagi buat para pendaki yang sering mendaki di Gunung Kinabalu.

Menerusi satu ciapan di Twitter Sabah Netizen, seorang lelaki bernama Palimin Jasli ada berkongsikan pengalaman beliau mendaki gunung yang diselubungi salji. Ikuti perkongsian di bawah ini.

PUNCAK GUNUNG KINABALU PERNAH DILITUPI SALJI . KUNDASANG :

Ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Kinabalu pernah diselubungi salji pada tahun 1993, iaitu 27 tahun yang lalu & sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan orang ramai khasnya penduduk sekitar Ranau. 

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung diselubungi salji dan mengejutkan orang ramai. Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993.

“Sebelum kami memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan kami ke Laban Rata keadaan cuaca amat sejuk daripada hari yang lain” kata Palimin.

Twitter: Sabah Netizen

Ketika di Laban Rata, mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan reda & mereka pun meneruskan perjalanan ke puncak pada jam 5pagi. “Keadaan permukaan jalan ke puncak sangat licin & kami terpaksa dalam langkah berjaga-jaga sehinggalah sampai pada 6:30 pagi”, katanya.

Setelah tiba dipuncak, kesemua pendaki amat terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu dipenuhi salji & suasana yang amat luar biasa “Saya & pendaki-pendaki menjadi saksi gunung ini diselubungi salji & buktinya salji ini sejuk berserbuk & bukannya ais, dulu ais sering berlaku digunung di dalam takungan lopak“, kata Palimin yang telah berkhidmat lebih daripada 18 tahun.

Tambah Palimin, pelancong dari Switzerland bernama Marcel Peters juga bersetuju tentang salji di permukaan gunung. Kali terakhir gunung diselubungi salji pada tahun 1975.

Twitter: Sabah Netizen
Twitter: Sabah Netizen

“Peters kata kepada kami salji ini sama seperti dari negaranya dan negara Eropah lain, ini merupakan keunikan Gunung Kinabalu yang amat luar biasa“, tambah Palimin.

Palimin berpendapat salji ini turun selepas berlakunya hujan dan turun pada waktu gelap. Tambah beliau, salji seperti ini tidak pernah berlaku di Sabah. Namun setakat ini masih belum ada membuat kajian selidik tentang salji di Gunung Kinabalu dahulu.

Twitter: Sabah Netizen

“Saya berharap pihak-pihak tertentu atau mana-mana universiti akan membuat selidik tentang perkara ini, saya tidak tahu dan menjangkakan bila lagi salji ini muncul” katanya.

Twitter: Sabah Netizen

Beliau mahu sejarah ini berulang pada masa akan datang dan orang ramai akan teruja dengan keunikan gunung tersebut selain daripada flora dan fauna.

Twitter: Sabah Netizen

Sumber: Twitter Sabah Netizen

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.