Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 7:04 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tersebut terletak di 3.9 darjah Utara dan 95.8 darjah Timur.
Difahamkan, ia berlaku pada jarak 41 kilometer Barat Daya dari Meulaboh, Indonesia dengan berkedalaman 56 kilometer.
Tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
GB sederhana M 5.3 berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera,Indonesia pada pukul 7:04 malam, 1 Mac 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 3.9° Utara dan 95.8° Timur dengan kedalaman 56 km. 41km Barat Daya dari Meulaboh,Indonesia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/YuycwOhSXv
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 1, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia