Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kubala, mendakwa Rusia terus menyasarkan kawasan orang awam dalam serangan terbaharunya. Melalui video yang dikongsi beliua, sebutir misil yang dilancarkan tentera Rusia meletup di kawasan orang awam di Central Freedom Square di Kharkiv.
”Putin tidak mampu mematahkan semangat Ukraine. Jadi, kerana marah dia melakukan jenayah perang, membunuh orang awam yang tidak bersalah.
”Dunia harus bertindak dan melakukan lebih lagi. Tingkatkan tekanan dan pulau Rusia sepenuhnya,” dakwa Kubala melalui Twitternya.
Dalam rakaman yang dikongsikannya, kelihatan beberapa buah kerata melalui kawasan kejadian yang agak tenang.
Tidak lama selepas beberapa buah kereta melintas, sebutir misil menghentam kasawasan tersebut menyebabkan berlakunya satu letupan besar.
Api marak jelas kelihatan. Melalui video yang sama, turut kelihatan keadaan kawasan kejadian selepas letupan tersebut berlaku.
Kesan runtuhan ada dimana-mana. Bagaimanapun, beliau tidak menyebut mengenai angka korban mahupu kecederaan.
Barbaric Russian missile strikes on the central Freedom Square and residential districts of Kharkiv. Putin is unable to break Ukraine down. He commits more war crimes out of fury, murders innocent civilians. The world can and must do more. INCREASE PRESSURE, ISOLATE RUSSIA FULLY! pic.twitter.com/tN4VHF1A9n
— Dmytro Kuleba (@DmytroKuleba) March 1, 2022
Sumber: Dmytro Kubala