Siakap Keli
Gambar Hiasan: cheaperpay

Cara Mudah Guna Kad Kredit Tanpa Sebarang Caj, Ramai Belum Tahu ‘Rahsia’ Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sahaja yang tidak mengenali kad kredit. Kad kredit lazimnya memberikan kemudahan kepada sesetengah individu untuk melakukan transaksi pembayaran.

Kad kredit secara fizikalnya adalah sekeping plastik dengan logam kecil segi empat nipis yang dikeluarkan mana-mana bank atau syarikat perkhidmatan kewangan.

Memiliki kad kredit membolehkan pemegangnya meminjam dana sementara daripada pihak bank untuk dibayar kepada barangan atau perkhidmatan yang digunakan.

Namun demikian penggunaan kad kredit oleh sesetengah masyarakat dilihat seolah-olah tiada panduan. Cara penggunaan kad kredit mungkin tampak senang tetapi ia boleh menjadi jerat pada kemudian hari jika disalah gunakan.

Mungkin ramai antara anda yang masih keliru atau tidak cakna mengenai bagaimanakah cara untuk menggunakan kad kredit tanpa sebarang caj.

Jangan risau, kali ini seorang pengguna Twitter, Haikal Hisham ada berkongsikan beberapa cara mudah untuk guna kad kredit tanpa dikenakan sebarang caj.

Cara Mudah Guna Kad Kredit Tanpa Sebarang Caj

Hutang kad kredit terlalu tinggi antara punca golongan muda berusia bawah 30 tahun di Malaysia. Kad kredit ibarat pisau, kalau salah guna memang akan parah. Hari ini saya nak kongsikan cara guna kad kredit tanpa sebarang caj.

Kredit: Haikal Hisham

Contoh ni saya beri untuk kad harimau. Bahagian yang PENTING ialah :

  • STATEMENT DATE (SD) :

Ini tarikh yang kita kena ingat. Contoh kat bawah ni SD ialah 3 Feb 2022

Jadi maksudnya penggunaan kad kredit kita bulan sebelum 4/1 sampai la 3/2. Biasanya kiraan 27 hingga 30 hari.

  • PAYMENT DUE DATE (DD) :

DD ni pula tarikh untuk bayar kad kita.

Bank bagi tempoh masa 20 hari holiday period ini dari statement date (SD) tanpa caj (0%) kalau kita settle seluruh baki kad kita (bukan minimum payment).

Contoh : DD 23/2 bayar pada atau sebelum tarikh tu tiada caj, tapi kena selesaikan semua baki kita.

  • Available Credit Limit:

Baki kad yang kita boleh pakai. Kalau nak apply pinjaman jaga ni, jangan guna semua atau lebih baik kurang dari 50% baki limit. Nampak kurang baik di mata bank nanti.

  • Minimum payment:

Ini biasa 5% dari penggunaan kad yang kita pakai. Contoh pakai RM1000 kena bayar RM50 sahaja bulanan. Tapi bila nak habis bayar daa. Elakkan bayar minimum saja setiap bulan. Inilah punca ramai hutang kad kredit.

  • Statement Balance:

Ni baki jumlah kita guna untuk bulan yang lepas.

  • Outstanding balance:

Ni jumlah penggunaan kad kita. Baki kad yang kita pakai tapi belum bayar termasuk bulan tersebut. Dah bertahun-tahun saya pakai kad kredit, tak pernah sekali pun kena apa-apa caj.

Siap dapat kumpul points dan rebate untuk penggunaan kad kita. Ingat dua tarikh tu je Statement Date dan Due Date. Isi minyak dapat rebate dan points, makan restoran dapat diskaun. Kawan kirim beli barang online, bayar kat kita tunai. Kita bayar pakai kad, dapat point.

Ini tak termasuk lagi Ezycash, EPP 0% installment, balance transfer dan banyak lagi. Tapi jangan pakai tanpa kawalan sudah la. Kalau korang jenis pakai tanpa kawalan, elakkan dari pakai kad kredit.

Ada yang tanya kalau tak ada caj bank tak untung la, buat apa dia bagi kita kad kredit. Bank akan untung dari: – caj annual fee – transaction fee dengan merchant – late payments (jadi bayarlah on time).

Tapi bank pun bijak, ikut statistic daripada 10 orang pemegang kad kredit, pasti dua hingga tiga orang akan sangkut dengan “kemewahan” ber-swipe sini sana. Semoga dengan tweet kesedaran macam ni, akan dapat membantu tahap celik kewangan rakyat Malaysia. (Kredit: Cikgu Razzaq).

Hasil bayar awal on time.

  • Kita tidak akan hutang bank
  • Bank hutang kita langsai

Rujuk outstanding balance

Kredit: Haikal Hisham

Apa kata netizen

Menerusi perkongsian itu, ramai warganet yang lain turut berkongsikan pendapat mereka mengenai penggunaan kad kredit ini.

“Aku suka guna ansuran kad kredit sebab taknak cash ditangan mati. Tapi gunalah kad kredit dengan berhemah.

“Walaupun boleh bayar ansuran kalau beli barang mahal, belilah barang ikut kemampuan kita/bersesuaian dengan jumlah cash yang kita ada.”

“Jangan spend melebihi kemampuan,” komen seorang warganet.

Kredit: @injang_Nation menerusi Twitter Haikal Hisham

“Nak pakai boleh, janji satu hari bulan pastikan outstanding kosong,” komen seorang lagi warganet.

Kredit: @rimalurfahz menerusi Twitter Haikal Hisham

Menurut Haikal Hisham sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk membayar secara minimum setiap bulan adalah kerana ia mengambil masa untuk melangsaikan baki secara keseluruhan.

Kredit: Twitter Haikal Hisham

Sumber: Haikal Hisham & Cikgu Razzaq

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.