Seorang remaja perempuan di daerah Karawang, Jawa Barat, Indonesia didakwa menjadi mangsa pencabulan oleh jirannya yang sudah berkahwin.
Modus operandinya, tertuduh telah meminta mangsa untuk datang ke rumah sewanya. Tertuduh telah menggoda mangsa untuk menjalinkan hubungan seks.
Tertuduh yang berusia 25 tahun, merupakan seorang suami dan bekerja sebagai buruh yang tinggal di Mukim Klari, Karawang telah ditahan oleh pihak Polis Karawang selepas bertindak melakukan hubungan seks ke atas seorang gadis bawah umur.
“Mangsa merupakan seorang gadis berusia 14 tahun”, kata Ketua Siasatan Jenayah Polres Karawang, AKP Oliestha Ageng Wicaksana.
Tambahnya lagi, selepas mangsa datang ke rumah sewanya, tertuduh terus mengajak mangsa tersebut untuk melakukan hubungan seks seperti sepasang suami isteri.
“Selepas berbuat demikian, isteri kepada tertuduh datang dan mengetuk pintu rumah sewa berkenaan”, katanya.
Terdengar ketukan itu, mangsa telah diminta oleh tertuduh untuk bersembunyi di dalam almari. Mangsa terpaksa menunggu lama di dalam almari.
Tidak lama kemudian, isteri tertuduh keluar dari rumah sewa berkenaan. Selepas dari itu, mangsa terus meninggalkan rumah tersebut.
Oleh kerana tidak dapat menerima anaknya dicabuli, ibu mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Sumber: Tribunnews