Anak mana yang tak gembira sekiranya dapat melakukan sesuatu yang boleh mengukir senyuman di bibir ibu dan ayah mereka.
Walau jasa mereka takkan pernah terbalas, tetapi sedikit ‘balasan’ dari anak-anak sudah cukup membahagiakan seperti yang dibuat oleh saudara Hazrin Zairi bersama kembarnya, Hazril.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Hazrin berkongsi mengenai proses mencantikkan rumah ibu dan ayahnya yang telah dibeli pada 20 tahun yang lepas.
Rumah yang ditinggalkan itu kelihatan sangat teruk tetapi hasil ‘makeover’ yang dilakukan membuatkan ramai yang kagum dan seakan tidak percaya ia merupakan rumah yang sama.
Akhirnya siap rumah mak abah. Assalamualaikum, salam jumaat dan hari yang penuh berkat. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana niat yang saya dan Azrel pasang untuk tempoh 1-2 tahun, akhirnya menjadi kenyataan.

Niat kami hanya untuk mencantikkan rumah mak & abah yang dibeli pada lebih kurang 20 tahun yang lepas.
Rumah apartment yang ditinggalkan kerana jauh dengan kediaman sekarang dan terbiar tiada siapa yang duduk, kini Alhamdulillah, sedap sikit mata memandang. Semuanya untuk gembirakan mak & abah.


Di sini ingin saya berterima kasih kepada ahli keluarga, kerana terus mendoakan adik & abang. Rakan rakan, Faizal , Shah , Asyraf, Hanisah & Zura kerana berkongsi idea konsep rumah ini dan sentiasa sabar menanti sehingga siap.
Terlebih dihargai kepada Mu’az Hamzah , Ifa Zarifah & Wealth Empire Deco yang sudi sama sama mengubah daripada yang asal kepada yang lebih menarik seperti sekarang. Sesiapa nak guna khidmat mereka, sangat sangat saya alukan. Boleh dipercayai servis hebat mereka.



Biasalah, bila rumah terbiar lama, ada lah tu yang ‘singgah letak barang’ dan menjadi port budak bermain. Agak kotor sikit.









Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memuji hasil kecantikan rumah tersebut yang terus berubah wajah dengan dekorasi yang menarik.
Sejuk perut ibu mengandung..
Cantik dan kemas
Jauh beza sangat dulu dan kini
Sumber: Facebook Hazrin Zairi