Siakap Keli
Kredit: Google

Nampak Kecil Je Tapi Lama-lama Berbahaya, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Lapor Segera Jika Nampak Pothole Atas Jalan

Pernah tak korang lalu satu jalan yang sebelumnya okay, tapi makin lama makin banyak lubang? Dari mana datangnya lubang atau potholes tu?

Untuk pengetahuan korang, potholes yang besar sebenarnya bermula dengan lubang yang kecil. Iya, lubang kecil yang korang ingat tak berbahaya tu.

Menurut PLS Of Florida, pothole terbentuk apabila air menyerap ke dalam struktur jalan yang retak di mana retakan itu boleh berlaku akibat faktor kenderaan atau panas melampau.

Air yang diserap akan melonggarkan lapisan batu yang menyokong tar, sekaligus mengakibatkan munculnya ruang udara di bawah asfalt. Lama kelamaan, ruang tersebut akan mendap, menyebabkan serpihan tar tercabut sekaligus membentuk potholes.

Mungkin ramai fikir, potholes ni adalah lubang yang besar sahaja. Tapi sebenarnya, menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), lubang bersaiz daripada 20 hingga 100cm lebar dengan kedalaman 2.5cm pun dah dikategorikan sebagai potholes juga.

Jadi, kalau nampak ada jalan mula merekah dan nampak lubang bersaiz dinyatakan di atas, korang segeralah laporkan kepada pihak berwajib sama ada pemilik jalan (sekiranya jalan persendirian) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk jalan persekutuan. Tindakan pantas korang mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

Tak susah pun nak buat laporan, korang boleh pilih sama ada nak lapor secara bertulis, telefon (1 300 888 557) ataupun email ke alamat berikut;

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
SISPAA JKR : https://jkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do , atau;
SISPAA KKR : https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do )
Emel : [email protected] atau [email protected]

Dalam tempoh 24 jam aduan diterima, pihak JKR atau syarikat konsesi ditugaskan akan menutup lubang tersebut mengikut prosedur mereka.

Mungkin asbab keprihatinan korang, satu nyawa berjaya diselamatkan, satu lagi kemalangan dapat dihalang.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.