Siakap Keli
Gambar: The Mirror

Patung Lilin Vladimir Putin Dikeluarkan Dari Muzium Grevin Ekoran Pencerobohan Rusia

Patung lilin presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah dikeluarkan dari muzium berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Foto menunjukkan seorang kakitangan Muzium Grevin di Paris sedang mengemas patung yang seakan hidup itu.

Ianya berlaku selepas Putin dikecam atas tindakan tidak wajarnya menceroboh Ukraine.

Rusia dipercayai mengalami kerugian besar ketika pencerobohan memasuki hari keenam harini, yang telah menyebabkan 100 orang awam Ukraine telah terbunuh.

Tentera Ukraine pada hari ini mendakwa, mereka telah menyebabkan 5,710 askar Rusia terkorban sepanjang lima hari pertama pertempuran.

Sementara itu, wujud kebimbangan terhadap tindakan Putin dalam meningkatkan konflik dan pencerobohan Rusia ketika rakyat Ukraine cuba melindungi tanah mereka.

Awal hari ini, Belarus dilapor telah menyertai serangan Rusia walaupun pada awalnya mereka mendakwa bahawa mereka tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Parlimen Ukraine dan Menteri Pertahanan Latvia, Dr Atis Pabriks berkata, tentera Belarusia yang menyeberangi sempadan ke Ukraine telah mencetuskan kebimbangan buat mereka.

Boris Johnson mengumumkan bahawa UK akan melanjutkan tawaran bantuannya untuk pelarian Ukraine selepas dikritik kerana tidak melakukan sebaiknya.

Ahad lalu, menteri mengumumkan sekiranya terdapat ahli keluarga rapat yang telah menetap di UK, rakyat Ukraine boleh menyertai keluarga mereka.

Boris Johnson kini telah melanjutkan perintah untuk ‘mengembangkan ahli keluarga’ serta akan ada laluan penajaan bagi firma untuk membawa rakyat Ukraine ke UK.

“Kami akan memudahkan rakyat Ukraine yang sudah tinggal di UK untuk membawa saudara mereka ke negara kami.

“Dan walaupun bilangannya sukar untuk dikira, ia mungkin lebih daripada 200,000.

Putin sebelum ini didakwa telah menggunakan bom vakum semasa pencerobohan, yang diharamkan oleh konvensyen Geneva.

Putin enggan melabelkan tindakan tenteranya sebagai “pencerobohan” atau “peperangan” dan sebaliknya menegaskan bahawa ia adalah “operasi ketenteraan khas”.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, hari ini mencabar Kesatuan Eropah untuk membuktikan mereka berpihak kepada Ukraine. 

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama muzium itu membungkus patung tokoh kontroversial.

Pada tahun 2014, seorang aktivis dari kumpulan feminis Femen telah merosakkan patung lilin Putin sambil menjerit “Diktator Putin” yang kini telah dibuang dengan pancang kayu.

Dia juga menulis dalam huruf merah “Bunuh Putin” pada batang tubuh patung itu, sebelum dibawa pergi oleh pihak polis.

Pada 2021, muzium itu mendedahkan tokoh baharu Presiden AS, Joe Biden mengeluarkan patung lilin Donald Trump dan meletakkannya dalam simpanan.

Muzium Grevin telah dirasmikan pada tahun 1881 dan mempunyai lebih daripada 500 tokoh terkenal dari Albert Einstein hingga Ratu Elizabeth II.

Sumber: The Mirror

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.