Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan Jawa, Indonesia pada pukul 11:12 malam tadi, gegaran kedua yang berlaku di negara itu selepas jam 7:04 malam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku 135 kilometer (km) Barat Daya dari Tasikmalaya, Indonesia.
Pusat gempa berada di 8.2 darjah Selatan dan 107.4 darjah Timur, dengan kedalaman 56 km di bawah laut.
Tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Gempa bumi sederhana M5.0 berlaku di Jawa, Indonesia pukul 11:12 mlm, 1 Mac 2022. Pusat gempa bumi di 8.2° Selatan dan 107.4° Timur, kedalaman 53 km. 135km BD dari Tasikmalaya,Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/RgIfNXptYE
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 1, 2022