Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

TERKINI: 1,754 Kes COVID-19 Dimasukkan Ke Hospital Semalam

Sebanyak 1,754 kes pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital pada semalam, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Noor Hisham, 575 kes daripadanya melibatkan pesakit kategori tiga, empat dan lima, manakala 1,179 kes selainnya pula merupakan kes kategori satu dan dua.

Dalam pada itu, kes COVID-19 terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 25,854 kes baharu dilaporkan setakat 1 Mac semalam.

Jumlah itu menjadikan angka kes kumulatif kes COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 3,468,590 kes.

Bagi perincian kes, 25,702 kes (99.41 peratus) dari jumlah yang direkodkan setakat pagi ini terdiri daripada kategori satu dan dua. Manakala 152 kes (0.59 peratus) dalam kategori tiga, empat dan lima.

Pecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori satu – 8,877 kes (34.33 peratus)
Kategori dua – 16,825 kes (65.08 peratus)
Kategori tiga – 87 kes (0.34 peratus)
Kategori empat – 37 kes (0.14 peratus)
Kategori lima – 28 kes (0.11 peratus)

Setakat ini, 374 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 134 kes disahkan COVID-19 manakala 240 kes disyaki, berkemungkinan dan masih dalam siasatan.

Sementara itu, 213 kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan, termasuk 74 kes disahkan COVID-19 manakala 139 kes disyaki, berkemungkinan dan masih dalam siasatan.

Sumber: Twitter & KP Kesihatan

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.