Satu gegaran gempa bumi kuat dikesan berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 8:52 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Ritcher tersebut terletak di 30.1 darjah Selatan dan 177.0 darjah Barat.
Difahamkan, ia berlaku pada jarak 1,048 kilometer Timur Laut dari Tauranga, New Zealand dengan berkedalaman 89 kilometer.
Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
GB kuat M6.2 telah berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 8:52 malam, 2 Mac 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 30.1° Selatan dan 177.0° Barat dengan kedalaman 89 km. 1,048km Timur Laut dari Tauranga,New Zealand.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/MG9TagNoZ7
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 2, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia