Siakap Keli

TERKINI: Harga RON97 Naik 16 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah memaklumkan mengenai harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 Mac 2022 hingga 9 Mac 2022.

Menurut kementerian itu, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 16 sen seliter iaitu daripada RM3.29 kepada RM3.45 seliter.

Manakala, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Tambah kenyataan itu lagi, pengekalan harga RON95 dan diesel adalah usaha kerajaan dalam melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Sumber: MOFMalaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.