Siakap Keli
Gambar: In The Middle Media

(Video) Menara Pemancar TV Ukraine Musnah, Media Dedah Mayat-mayat Bergelimpangan Hangus Terbakar

Terbaharu, tular rakaman video memaparkan situasi orang awam di Ukraine yang dipercayai maut akibat serangan bom Russia ke atas menara pemancar siaran televisyen (tv) di bandar raya Kyiv.

Rakaman video itu dikongsikan di laman sosial rasmi milik In The Middle Media. Menerusinya, kelihatan beberapa mayat bergelimpangan dipercayai hangus terbakar berikutan serangan dahsyat itu.

Menurut CNN, serangan Russia ke atas menara pemancar siaran televisyen Ukraine itu menyebabkan negara tersebut kini mengalami masalah penyiaran.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine berkata, serangan Russia itu menimbulkan kebimbangan kerana ia dianggap seolah-olah satu cubaan untuk menjatuhkan infrastruktur komunikasi dalam bandar itu.

Difahamkan, serangan itu turut mengenai kawasan tapak peringatan Holocaust di ibu kota Kyiv, Ukraine.

Sebelunm itu, beberapa konvoi kereta kebal dipercayai milik Russia dan kenderaan berperisai mereka dilapor menuju ke ibu negara Ukraine berdasarkan  imej satelit dari Maxar Technologies menerusi CNN.

Terdahulu, Russia dilapor cuba menyerang sebuah menara pemancar siaran televisyen bandar raya Kyiv.

Sumber: In The Middle Media & CNN

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.