Apabila sudah masuk tahun akhir di universiti, biasanya anda mesti dalam fasa menjalani latihan industri atau kita panggil sebagai internship.
Tempoh latihan internship bagi setiap universiti dan setiap khusus pengajian adalah berbeza. Ada sesetengah hanya memerlukan tempoh singkat untuk latihan industri. Namun ada juga yang memerlukan tempoh yang sangat lama sehingga hampir tempoh satu tahun.
Tujuan adanya internship ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tahun akhir tentang pekerjaan di dunia yang sebenar. Tempoh ini dapat mengajar mereka untuk bersedia dari segi fizikal dan mental semasa mereka berada di alam pekerjaan kelak.
Menjadi seorang budak intern mungkin tampak mudah tetapi tidak semua orang mampu menunjukkan prestasi terbaik.
Oleh itu, untuk menjadi seorang pelajar intern yang terbaik anda perlulah mengetahui enam tanda yang menunjukkan bahawa anda bukanlah budak intern biasa-biasa.
Enam tanda-tanda tersebut ada dikongsikan menerusi laman Twitter milik MauKerjaMY.
Semoga bermanfaat!
6 Tanda Anda Bukan Budak ‘Intern’ Biasa-biasa
- Tanggungjawab dalam kerja diberi sama seperti pekerja tetap.
- Bos suka kenalkan korang dekat orang lain.
- Dibawa ke majlis-majlis yang penting.
- Dah tak semak kerja korang dengan teliti.
- Ada ‘inside joke’ antara korang dengan bos je yang faham.
- Suka tanya pendapat korang dalam mesyuarat.
Rasa rasa korang ada tak tanda tanda ni ? 😍
.
.
Tengah cari kerja kosong ? 🤔 Tekan link ni https://t.co/PHBBoWkgaF pic.twitter.com/N98Km3y9HL— Maukerja (@MauKerjaMY) March 2, 2022
Sumber: MauKerjaMy