Ramai antara anda yang mengalami ‘masalah’ apabila orang minta gambar bersaiz passport. Lebih-lebih lagi apabila ia diperlukan untuk tujuan pekerjaan atau hal-hal penting.
Apabila memerlukan gambar berukuran passport mestilah anda tergesa-gesa ke kedai gambar. Namun apabila melihat hasil gambar yang diambil ada sahaja perkara yang serba ‘tak kena’.
Ada masa gambar yang diambil di kedai terlebih cahaya, ada masa gambar kelihatan tidak lawa contohnya nampak gemuk, senget dan sebagainya.
Jangan risau, kali ini seorang gadis menerusi laman Twitter miliknya (Arina Sofea) ada berkongsikan cara mudah untuk menghasilkan gambar passport sendiri. Apa yang penting korang tak perlu keluarkan sebarang kos.
Hanya dengan menggunakan aplikasi tertentu sahaja, anda sudah dapat menghasilkan gambar passport di rumah. Sudah semestinya gambar yang terhasil dapat memuaskan hati anda sendiri.
Menarik bukan? Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti perkongsian Arina Sofea di bawah.
Gadis Ini Kongsi Cara Buat Gambar Passport Mudah & Cepat
Korang mesti selalu kan tak puas hati dengan gambar passport yang korang ambik kat kedai? Nampak gemuk la gelap la senget la. So, meh arin ajar cara buat sendiri gambar passport kat rumah. Confirm puas hati dan memang jimat.
1. Ambil gambar macam biasa. Lagi kemas kalau pakai formal la.
2. Buka Google dan taip je ‘remove bg’. Ataupun tekan je link ni remove.bg

3. Tekan ‘UPLOAD IMAGE’, then masukkan gambar yang korang nak.

4. Bila korang dah upload gambar, background gambar korang tu akan auto hilang. Then tekan ‘EDIT’

5. Kemudian korang pilih la mana mana background yang korang nak
6. Lepastu jangan lupa tekan arrow kat atas tu untuk download gambar korang

7. Tekan ‘DOWNLOAD IMAGE’

DAH SIAP! Senang kan. So dah tak payah pegi kedai dah. Duit pun jimat.
Bagi anda yang masih mencari pekerjaan jangan risau Arin ada satu peluang pekerjaan yang available untuk korang, gaji sehingga RM1,700++ and paling penting ada bonus tahunan dan juga kenaikan gaji! Berminat? tekan link ni > bit.ly/kerjakosonglot
Korang mesti selalu kan tak puas hati dengan gambar passport yang korang ambik kat kedai? Nampak gemuk la gelap la senget la.
So, meh arin ajar cara buat sendiri gambar passport kat rumah. Confirm puas hati & memang jimat 👇
— Arin (@arinasofeaaa) March 1, 2022
Sumber: Twitter