Siakap Keli
Gambar: Oddity Central

Kenal 90 Wanita & Kahwini 27 Isteri Sepanjang 43 Tahun, Lelaki Menyamar ‘Doktor’ Ditangkap

Seorang lelaki di India ditangkap kerana didakwa mengahwini sekurang-kurangnya 27 wanita dalam tempoh 43 tahun, semata-mata untuk mengaut keuntungan kewangan, memetik laporan Oddity Central.

Lelaki berusia 66 tahun dari timur India itu telah menipu berpuluh wanita yang mengahwininya dengan cara mengatakan bahawa dia seorang doktor berjaya dan merupakan pegawai penting dalam Kementerian Kesihatan India.

Walhal sebenarnya dia hanyalah seorang lelaki dengan latar belakang pendidikan berpendidikan kelas 10. Dia dilapor menggunakan dokumen pengenalan palsu untuk menyakinkan mangsa-mangsa.

Setelah itu dia akan menggunakan dokumen itu untuk menipu sejumlah wang dan aset penting para mangsanya (isteri).

Difahamkan, kebanyakan wanita yang dikahwininya itu merupakan golongan berpendidikan yang terdiri daripada doktor, akauntan sehinggalah peguam Mahkamah Agung.

A (bukan nama sebenar) dilapor berkahwin buat kali pertama pada tahun 1982 dan mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil perkahwinan itu.

Tidak serik menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dipercayai menipu hampir 90 wanita lain lagi. Namun hanya sebahagian sahaja yang bersetuju untuk dijadikan rujukan sebagai siasatan rasmi.

Bagaimanapun sesetengah daripada kelompok 90 wanita itu dilapor tidak memberi kerjasama kerana takut akan stigma masyarakat di sana.

Hasil bukti yang dikumpulkan oleh pegawai bertugas menunjukkan sekurang-kurangnya 27 perkahwinan direkod dan 14 daripada pasangan telah ditipu dikenal pasti setakat ini.

Difahamkan, A dipercayai hanya akan mengenakan ‘penipuan ‘ itu kepada wanita bujang dan wanita yang kelihatan kesepian.

Setelah itu, dia akan meyakinkan wanita berkenaan untuk mengahwini mereka dan memindahkan sejumlah wang dan aset atas namanya, sebelum dia meninggalkan wanita-wanita tersebut.

Percaya atau tidak

Walaupun dia sudah menipu ramai wanita, namun aduan pertama yang dibuat terhadap kes A ini hanyalah dilaporkan pada tahun lepas. Kes ini mula dilapor oleh seorang isterinya yang dipercayai seorang guru.

Bagaimanapun menurut laporan, hasil aduan yang difailkan oleh isterinya pada Julai tahun lalu, A kini telah pun ditangkap.

Sumber: Oddity Central

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.