Siakap Keli

Memang Gila, Dah La ‘Offer Cashback’ Sampai 70%*, Senheng Nak Bagi Pula Baucar Sampai RM3 Juta

Sebut je pasal diskaun dan promosi, semua orang suka. Lebih-lebih lagi kalau ada tawaran berbaloi dengan ganjaran tak masuk akal seperti yang dibuat oleh rangkaian kedai elektrik terkenal, Senheng. 

Bersempena dengan kempen One For All, Senheng bermurah hati nak bagi pelbagai pakej menarik dan baucar eksklusif sebagai cara menghargai pelanggan mereka! 

Ha, ini lah masanya korang grab peluang untuk tukar peralatan elektronik sebab bukan satu tapi ada sampai lima ganjaran untuk direbut bagi mereka yang berbelanja di Senheng bermula 1 Mac sehingga 31 Mei ini! Wow, let’s checkout gais!

Pemberian Baucar Bernilai Sehingga RM3 Juta*

Fuhh, keseluruhan nilai baucar yang memang gila dari Senheng! Tak lain tak bukan sebab Senheng nak pelanggan mereka ‘merasa’ hadiah ganjaran selagi masih ada. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Korang hanya perlu berbelanja mengikut jumlah tertentu secara walk in di kedai Senheng seluruh negara atau beli sahaja secara online di laman web rasmi Senheng. Lepas tu, korang layak menerima baucar mengikut jumlah di bawah. Mudah kan!

Dapat Cashback S-Coin Sehingga 70%* Bagi 70 Item Terpilih

Ini lah masanya untuk berjimat sambil membeli. Memang rugi besar kalau korang tak berbelanja di Senheng sekarang sebab ada pulangan Cashback S-Coin sehingga 70%* untuk 70 item peralatan elektronik rumah terpilih! 

Contoh kalau barang elektronik yang korang beli berharga RM1,000 tetapi dapat cashback S-Coin sampai 70%*, korang akan UNTUNG RM700! Memang berbaloi sangat sebab S-Coin bernilai RM700 tadi tu boleh digunakan untuk pembayaran pilihan produk elektronik lain seperti perkakas rumah dan dapur, TV dan audio di cawangan Senheng seluruh negara. Berbaloi gila kan, faedah dan manfaat berganda hanya dalam sekali belanja!

Pemberian Baucar Staycation Bernilai RM25,000* Dalam Peraduan ‘Review & Share’

Jangan terkejut, dengan Senheng pun boleh bercuti tau! Dah lama terperuk kat rumah, jom kali ini biar Senheng belanja korang baucar Premium Hotel Staycation untuk peraduan Review & Share.

Cara nak menang baucar ni mudah je, korang hanya perlu hantar review di Senheng App. Hanya nyatakan sebab mengapa korang perlukan percutian dan share detik “Staycation” kegemaran korang dengan keluarga atau rakan. Jangan lupa untuk letak hashtag #SenhengKOC #OneForAll okay!

Bagi yang belum muat turun aplikasi Senheng di telefon pintar, boleh muat turun di sini untuk pengguna Android dan App Store okay!

Jawab Soalan Mudah Dan Menang Samsung Galaxy S22 5G*

Tak cukup dengan itu, eksklusif buat pelanggan Senheng yang menggunakan AEON Credit Easy Payment, Senheng nak berikan hadiah untuk 10 pemenang bertuah memiliki telefon pintar Samsung Galaxy S22 5G* menerusi peraduan Answer & Win.

Terma dan syarat penyertaan:

  1. Peraduan ini terbuka untuk Ahli PlusOne® yang membuat pembelian minima RM 1,000 dengan Skim AEON Credit Easy Payment.
  2. Tempoh peraduan: Dari 1/3/2022 hingga 31/5/2022.
  3. Terma dan syarat penuh sila rujuk di sini (TBC).

Swipe & Menang, Boleh Bawa Pulang Samsung 4K UHD Smart TV 65 Inci*!

Eksklusif untuk pelanggan Senheng yang berbelanja menggunakan kad kredit HSBC pula, Senheng nak pilih 5 pemenang bertuah untuk memiliki Samsung 4K UHD Smart TV 65 inci*. Rugi kalau korang tak rebut peluang join peraduan Swipe & Win.

Terma dan syarat penyertaan:

  1. Pemegang kad yang layak mesti berbelanja di Senheng sekurang-kurangnya RM3,000 melalui 12, 24 atau 36 bulan 0% Instalment Plan dalam satu resit pada mana-mana kad kredit HSBC untuk layak.
  2. Setiap perbelanjaan RM500 melayakkan Pemegang kad layak untuk satu (1) penyertaan peraduan secara automatik.
  3. Tempoh peraduan: Dari 1/3/2022 hingga 31/5/2022.
  4. Sah di semua cawangan Senheng di seluruh negara.
  5. Terma dan syarat penuh sila rujuk di sini (TBC).

Tunggu apa lagi, jom ke Senheng sekarang juga!

Jadi tunggu apa lagi, cepat rebut pelbagai ganjaran menarik Senheng sempena kempen One For All yang bermula hari ini dan akan berakhir pada 31 Mei 2022. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari sahaja laman web Senheng dan Facebook SENHENG Malaysia.

Pejam celik lagi dua bulan je raya akan tiba kan, ini lah masanya untuk korang dapatkan perkakas rumah serba baru dengan penjimatan berbaloi. Selamat shopping gais!

Download senheng app : Android, Google Store

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.