Siakap Keli
Nida Tangmo

Punca Kematian Pelakon Terkenal Thailand, Nida Tangmo Didedahkan 

Kesemua lima rakan aktres terkenal Thailand, Nida Tangmo atau nama sebenar Patcharaveerapong yang maut selepas didakwa tergelincir dari bot laju. Mereka berkemungkinan akan menghadapi pertuduhan kecuaian sehingga membawa maut dan isu memberi kenyataan palsu kepada polis.

Memetik daripada laporan Thethaiger, menurut rekod yang diperoleh daripada anggota polis, ketika mangsa terjatuh ke dalam sungai, salah seorang lelaki di dalam bot berkenaan menelefon rakan-rakan berpengaruh untuk mendapatkan nasihat.

Dalam satu rakaman perbualan telefon, lelaki terbabit mengakui bahawa pemandu bot tidak berlesen itu membawa botnya ke bahagian tengah sungai dengan laju menyebabkan mangsa tergelincir jatuh ke dalam sungai tersebut.

Bagaimanapun masih belum dapat diketahui berkenaan keadaan sebenar mangsa ketika berada di atas bot tersebut yang menyebabkan Nida Tangmo terjatuh ke dalam sungai.

Dalam satu rakaman video yang lain pula menunjukkan mangsa yang sedang minum berhampiran belakang bot, secara tiba-tiba terdengar suara seakan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot. Salah seorang nelayan di kawasan tersebut mendakwa telah melihat bot tersebut dipandu laju dan membelok tajam di kawasan tengah sungai berkenaan.

Selain itu, tular gambar menunjukkan Tangmo memeluk pengurusnya di belakang bot yang didakwa diambil pada jam 9.56 malam kejadian. Gambar tersebut dipercayai telah diambil lebih awal sebelum lampu Jambatan Rama VII dipadamkan secara automatik pada jam 9 malam. Hal ini menunjukkan sewaktu mangsa tergelincir, kawasan tersebut sangat gelap.

Sehingga kini masih belum dapat dijelaskan berkenaan kenapa gambar yang dimuatnaik di media sosial itu ditukarkan waktunya. Sementara itu, dua lelaki dilaporkan telah cuba mengelak diri untuk dikesan. Salah seorang mereka telah dimasukkan ke dalam wad manakala lagi seorang telah menjadi sami.

Memandangkan kebenaran tentang kematian pelakon terkenal ini telah terbongkar, pengakuan daripada saksi-saksi akan diambil tidak lama lagi. Mereka akan didakwa bersama-sama pertuduhan rasmi tentang kecuaian yang membawa kepada kematian dan membuat kenyataan palsu.

Sumber: Thethaiger

Baca: Kematian Tangmo Adalah ‘Kemalangan’ – Ketua Polis Thailand

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.