Bagi penggemar kucing, memelihara haiwan ini bukanlah sekadar haiwan peliharaan semata-mata, tapiia juga dianggap sebahagian daripada keluarga mereka.
Melihat keletah anak bulus yang menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan ini juga merupakan salah satu cara untuk menghiburkan kita.
Mana taknya kadang-kadang kucing ini ada sahaja karenah dia yang mampu mencuit hati orang ramai. Ada kucing yang selalunya tidak mengendahkan kehadiran tuannya, ada juga kucing yang suka menyepahkan barang.
Tak lupa juga dengan kucing yang sentiasa patuh dengan apa yang tuan dia suruh buat. Begitulah yang ingin dikongsikan menerusi satu video tular di laman Facebook ini.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh EthenCfc, dapat dilihat gelagat seekor kucing yang raih pujian orang ramai yang melihatnya.
Kucing tersebut dilihat sangat baik dan mengikuti sahaja kesemua arahan yang diberikan oleh tuannya yang dipercayai seorang penjual pakaian haiwan (kucing).
Kucing itu dijadikan model oleh tuannya semasa sedang membuat jualan live menerusi satu aplikasi.
Menurut satu perkongsian di akaun TikTok, kucing itu diberi nama Pororo. Beberapa video perkongsian di laman TikTok turut memperlihatkan bahawa kucing itu sangat patuh dengan tuannya.
Malah ada juga video yang menunjukkan bahawa kucing itu ‘santai’ menari sewaktu tuannya memasang satu lagu dan menggerakkan pergelangan tangan kucing itu.
Pororo dilihat tidak ‘marah’ atau mengamuk saat tuan dia berkelakuan sedemikian.
@cicichania96 Kucing kepala kelinci❣️ #kucingkusayang #tiktokcat #viral
@cicichania96 Si pink yang gemoy #kucingkusayang #tiktokcat #viral
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat kucing tersebut. Malah ada yang menonton video itu banyak kali kerana keliru bahawa ia adalah kucing atau patung.




Sumber: EthenCfc via Group FB Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? & TikTok Cici Chania