Tular baru-baru ini mengenai isu salah faham yang berlaku di kedai serbaneka, 7E atau 7Eleven, yang mana seorang budak lelaki didakwa mencuri barang di kedai tersebut.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok, seorang lelaki yang dipercayai pengurus kedai 7E tersebut tampil memberikan penjelasan berkenaan insiden yang berlaku.
Dalam video yang dikongsikan, pengurus kedai tersebut menceritakan semula situasi sebenar kejadian.
Memetik penjelasan wakil 7E tersebut, kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kanak-kanak lelaki tersebut mendakwa dia mencuri dan memberitahu kepada kakitangan kedai terbabit.
“Adik ini datang bersama tiga orang rakannya dan rakannya memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini telah mencuri,” jelasnya dalam video.
Menurutnya, pekerjanya telah bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut mengenai hal itu. Kanak-kanak lelaki tersebut dipercayai berasa takut dan menangis, lalu berlari keluar untuk mendapatkan ibunya.
Walau bagaimanapun, kata pengurus kedai serbaneka itu, pihak mereka membuat semakan rakaman litar tertutup (CCTV) dan mendapati kanak-kanak lelaki itu tidak bersalah.
“Kami telah membuat semakan CCTV dan mendapati bahawa adik ini tidak mencuri dan tiada barang yang hilang. Jadi, di sini telah berlaku salah faham.”
Ibu kepada kanak-kanak lelaki itu dipercayai tampil bertemu dengan pekerja kedai dan saling bermaaf-maafan serta mengakui akan kesilapannya, memetik daripada laporan Sinar Harian.
Tambah pengurus kedai serbaneka lagi, pihaknya merayu agar orang ramai menghentikan kecaman terhadap ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut.
@7elevenmalaysia_official Reply to @_peppermintmocha Marilah kita saling bermaafan & cipta kenangan indah bersama 7-Eleven❤️ We love you guys🥰
Sumber : Tiktok 7elevenmalaysia_official, Sinar Harian