Siakap Keli
Awak Bawa Kawan Awak Ke Sini

“Awak Bawa Kawan Awak Ke Sini,” Polis Siasat Suara ‘Garang’ Dalam Video Terakhir Tangmo

Kes kematian pelakon cantik Thailand, Tangmo Nida ini semakin ‘rancak’ menjadi perbualan ramai apabila muncul lagi beberapa klu atau petunjuk lain bagi membongkarkan rahsia disebalik kematian pelakon ini.  Menurut rekod yang diperoleh daripada anggota polis, satu rakaman suara terdengar suara garang yang seolah-olah memanggil mangsa untuk ke belakang bot.

Memetik daripada laporan Thethaiger, dalam satu rakaman video lain menunjukkan mangsa yang sedang minum berhampiran belakang bot, mendakwa secara tiba-tiba terdengar suara seakan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

“Bawa kawan awak ke sini! Bawa kawan awak ke sini!

@eveapissaya

พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา

♬ เสียงต้นฉบับ – Eve Apissaya – Eve Apissaya

Dalam pada masa yang sama, salah seorang nelayan di kawasan tersebut mendakwa telah melihat bot tersebut dipandu laju dan membelok tajam di kawasan tengah sungai berkenaan.

Hasil daripada penjelasan tersebut, pihak polis turut mengambil kira dan akan menyiasat dengan lebih lanjut. Selain itu, beberapa pihak termasuk bekas penyiasat tersohot Thailand turut tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan oleh saksi tempat kejadian.

Bagaimanapun masih belum dapat diketahui berkenaan keadaan sebenar mangsa ketika berada di atas bot tersebut yang menyebabkan Nida Tangmo terjatuh ke dalam sungai.

Menerusi laporan sebelum ini, kesemua lima rakan pelakon terkenal, Nida Tangmo atau nama sebenar Patcharaveerapong yang maut selepas didakwa tergelincir dari bot laju berkemungkinan akan menghadapi pertuduhan kecuaian sehingga membawa maut dan isu memberi kenyataan palsu kepada polis.

Memetik daripada laporan Thethaiger, menurut rekod yang diperoleh daripada anggota polis, selepas mangsa terjatuh ke dalam sungai, salah seorang lelaki di dalam bot berkenaan menelefon rakan-rakan berpengaruh untuk mendapatkan nasihat.

Sehingga kini, kes masih di dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.

Baca: Punca Kematian Pelakon Terkenal Thailand, Nida Tangmo Didedahkan 

Sumber: Thethaiger News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.