Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 1 pagi, esok.
Amaran yang dikeluarkan itu menunjukkan terdapat enam negeri dan dua wilayah yang dijangka terlibat.
Antara negeri yang terjejas ialah Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan seluruh negeri Melaka.
Selain itu, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) turut dilanda cuaca yang sama.
Beralih ke negeri Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikel, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala kawasan yang terlibat dengan amaran hujan lebat dan ribut petir di Sabah pula ialah di Pedalaman (Sipitang dan Tenom).
Orang ramai terutamanya bagi kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/xgUUhUBubh
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 4, 2022
Sumber: MetMalaysia