Siakap Keli

Mencurigakan, Penyiasat Terkemuka Thai Tolak Dakwaan Saksi Kematian Nida, Ini Hujahnya

Kes kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida akibat tergelincir dari bot laju di Sungai Chao Phraya minggu lalu menjadi ‘buah mulut’ orang ramai.

Apa yang menyentuh hati ramai orang apabila ibu mangsa jatuh tidak sedarkan diri sehingga terpaksa diusung saat jasad anaknya ditemui kira-kira jam 1.00 tengah hari pada Sabtu selepas dua hari terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Memetik daripada laporan Bangkok Post, polis mengesahkan Tangmo meninggal dunia akibat lemas susulan penemuan lumpur pada paru-parunya.

Polis juga turut menemui luka besar pada paha kanan mangsa tetapi masih belum mengesahkan sama ada ianya dari kipas bot atau sebaliknya. Selain itu, terdapat kesan calar kecil di kaki kirinya dan polis masih menyiasat puncanya.

Pada masa yang sama, salah seorang yang berada di atas bot bersama mangsa didapati mengalami kesan calar pada lengan dan lebam pada bahunya.

Pihak berkuasa tempatan berkata mereka tidak dapat menjalankan pemeriksaan ke atas lima rakan mangsa dengan serta merta kerana perlu menunggu kebenaran. Bagaimanapun, kelima-lima orang tersebut masih dianggap sebagai saksi kejadian, bukan suspek.

Berdasarkan laporan, polis sedang menunggu keputusan ujian darah dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa.

Bekas Pesuruhjaya Polis, Kamronwit Toopkrajang turut mengulas kes Tangmo Nida. Penyiasat terkemuka itu menolak teori bahawa luka pada kaki mangsa akibat terkena kipas bot.

Selain itu, ada beberapa lagi perkara yang dibangkitkan oleh penyiasat tersohor Thailand ini tentang fakta-fakta kematian Nida yang mencurigakan.

Pertama, laporan bedah siasat yang dikeluarkan menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat lemas. Tetapi, Pakar patologi yang terlibat tidak dapat menentukan fakta penting termasuklah punca kecederaan pada kaki mangsa dan selain pelakon tersebut ingin membuang air kecil atau tidak.

Dakwa Toopkrajang, jika mangsa benar-benar ingin membuang air kecil,  kenapa keadaan mayat yang ditemui dengan pakaian dalam seperti tidak disentuh untuk dibuka. Cerita tersebut seperti ‘diada-adakan’.

Keduanya, pemeriksa forensik tidak dapat menentukan sama ada Tangmo benar-benar membuang air kecil, sebelum lemas untuk tempoh yang lama. Jadi, mereka juga tidak dapat menentukan sama ada pelakon terbabit terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak.

Seterusnya, luka berukuran 30 sentimeter pada kaki Tangmo Nida didakwa disebabkan oleh kipas bot sehingga mengehadkan keupayaan untuk berenang.

Bagaimanapun, menurut penyiasat ini, luka tersebut tidak konsisten dengan corak kipas bot berputar yang mana akan mengoyakkan daging sedangkan luka pada kaki mangsa adalah berbentuk lurus.

Fakta lain seperti bedah siasat juga tidak dapat menentukan sama ada kakinya cedera sebelum atau selepas kematian. Sedangkan jelas Tangmo masih hidup ketika dia dibawah air kerana dia masih bernafas, tetapi dikatakan tidak boleh berenang kerana kakinya cedera sebelum dia lemas.

Selain itu, polis perlu melawat ke restoran tempat kumpulan itu berkunjung untuk makan malam dan menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta pergerakan keluar masuk dan makanan yang dipesan mereka.

Terakhir adalah polis perlu memeriksa kelajuan pada bot laju berkenaan. Beberapa penduduk tempatan memberitahu bahawa bot berkenaan sering dipandu pada kelajuan yang maksima. Sekiranya bot berkenaan sememangnya dipandu laju, tempoh dari restoran ke tempat kejadian tidak melebihi 30 minit. Kebiasaannya, penumpang perlu ke tandas terlebih dahulu sebelum menaiki bot. Cubaan membuang air kecil di belakang bot yang dipandu laju adalah mustahil.

Tegasnya, jika dia salah seorang saksi di atas bot, pastinya dia akan turun mencari mangsa yang terjatuh, bukan menghilangkan diri bersama-sama selama sehari sebelum membuat laporan polis.

Harapan Toopktajang adalah untuk pihak polis menangani kes ini dengan jujur dan telus. Walaupun mereka orang ‘berada’, hukuman tetap dilakukan jika disabitkan kesalahan.

BACA: Punca Kematian Pelakon Terkenal Thailand, Nida Tangmo Didedahkan

Sumber: Thethaiger, Bangkok post,Thaipbsworld

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang