Keadaan pasca banjir di beberapa kawasan di negeri Terengganu melihatkan satu cabaran kepada penduduk kampung apabila lumpur selepas banjir hingga paras dada.
Menerusi laporan daripada Bernama TV, mangsa, Elmin Awang merupakan salah seorang penduduk di Kampung Belukar Bukit, Kuala Berang menyaksikan kediamannya ditenggelami lumpur hingga paras dada.
“Lumpur ini lebih kurang paras dada saya lah, dia punya paras pasir…”
Difahamkan kawasan ini antara yang nyaris terlibat dalam tragedi kepala air yang berlaku berhampiran sungai di kawasan kampung berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa dan keluarga terselamat daripada kejadian banjir besar yang berlaku pada awal pagi 27 Februari lalu.
“Barang-barang elektrik semua, tv serta barang lain semua dah tak ada dah…,” jelasnya dalam keadaan sebak.
Lebih menyedihkan, apabila melihat keadaan rumah selepas tragedi ini apabila hampir semua barangan rumah musnah, dihanyut arus dan tidak boleh digunakan lagi.
Tragedi banjir ini juga telah meruntuhkan sebahagian jambatan di kampung berkenaan kerana arus deras dari kepala air.
Sumber: Bernama TV