Siakap Keli
letupan bom masjid Pakistan
Kredit : India Express

Letupan Bom Masjid Di Pakistan, Angka Kematian Meningkat Kepada 56 Orang

Angka kematian akibat insiden letupan bom di sebuah masjid di Peshawar, Pakistan semalam meningkat kepada 56 orang, lapor India Express.

Menurut pegawai hospital, sebanyak 194 orang dilaporkan tercedera dan lebih daripada 50 orang maut.

Kata Ketua Polis Peshawar, Muhammed Ejaz Khan, keganasan bermula apabila dia penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah polis di luar masjid.

Berdasarkan laporan, seorang penyerang dan anggota polis didakwa terbunuh dalam pertempuran, manakala seorang lagi pegawai polis cedera.

Tambahnya lagi, penyerang lain kemudiannya dipercayai berlari ke dalam masjid dan meletupkan bom.

Menurut jurucakap di Hospital Lady Reading Peshawar, Asim Khan, ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa mangsa dipercayai terkerana serpihan bom, dan yang lain cedera akibat terkena serpihan yang berterbangan.

“Letupan berlaku ketika jemaah berkumpul di masjid untuk solat Jumaat dan angka kematian mungkin akan meningkat kerana ramai yang berada dalam keadaan kritikal,” jelas pegawai polis tempatan, Waheed Khan.

Memetik daripada laporan, keadaan di jabatan kecemasan hospital menjadi huru-hara apabila doktor bergelut untuk memindahkan mangsa ke dalam dewan bedah.

Beratus-ratus saudara mara mangsa dikatakan berkumpul di luar jabatan dan cemas menunggu maklumat mangsa.

Pemimpin solat, Allama Irshad Hussein Khalil yang merupakan seorang pemimpin mudah Syiah adalah antara mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di dalam masjid di Pakistan itu.

Pesara pegawai tentera, Sher Ali yang pada ketika itu berada di dalam masjid dilaporkan cedera terkena serpihan yang terbang.

Dia merayu kepada kerajaan Pakistan agar memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap minoriti Muslim Syiah di negara itu.

“Apa dosa kami? Apa yang telah kami lakukan? Bukankah kita rakyat negara ini? katanya semasa menerima rawatan di jabatan kecemasan.

Seorang saksi berkata dia telah bersiap untuk memasuki masjid apabila letupan kuat bom menyebabkan dia tercampak ke jalan.

“Saya membuka mata dan ternampak habuk serta mayat di mana-mana,” katanya.

Setakat ini, masih tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom itu.

Sumber : India Express

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.