Siakap Keli

(Video) Badan Tak “Balance” & Selalu Nak Jatuh, Ibu Sebak Anak Disahkan Hidap ‘Adrenaleukodystrophy’, Mungkin Lumpuh Sepenuhnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu keperitan hidup yang terpaksa dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila putera sulung mereka, Iman lumpuh seluruh akibat penyakit saraf, Adrenaleukodystrophy.

Memang pahit untuk ditelan dengan semua yang terjadi, namun kekuatan sahajalah yang memberikan semangat kepada anak tercinta mereka untuk terus berjuang melawan penyakit.

Mohamad Nur Iman Ramadani atau lebih mesra dengan panggilan Iman sekarang sudah berusia 10 tahun disahkan menghidap penyakit Adrenaleukodystrophy (ALD).

Menurut Puan Nisa iaitu ibu kepada adik Iman semasa dihubungi, anaknya mendapat penyakit ni pada tahun lepas, bulan 10 selepas doktor membuat MRI dan mengesahkan dia menderita penyakit Adrenaleukodystrophy (ALD).

Sebelum doktor buat MRI, tanda-tanda dia nak sakit tu, dia sering nak terjatuh, badan tak balance dan otak dia macam tak fokus.

Katanya lagi, sebelum dia dan suami bersetuju untuk melalukan pemeriksaan lanjut tentang penyakit anaknya, ada beberapa klinik biasa mendakwa bahawa anaknya ada penyakit Autisme tetapi mereka menafikan kerana usia anaknya yang sudah 10 tahun.

Selepas daripada itu, mereka membawa anak kesayangan ke sebuah hospital di Temerloh untuk pemeriksaan lanjut sehinggakan doktor mengesahkan penyakit sebenar anaknya itu.

Sungguh pilu, apabila doktor memberitahu penyakit anaknya tidak ada ubat tetapi pemeriksaan susulan tetap diteruskan di bahagian Neuro dan Genetik di Hospital Kuala Lumpur.

Boleh rosakkan semua sistem badan

“Doktor kata sakit tu tak ade ubat dan akan rosakkan semua sistem badan… Dia akan lumpuh sepenuhnya n dia akan buta juga”

Sekarang Iman memang tak boleh jalan atau bangun langsung. Duduk pun tak boleh, perlukan sokongan dari saya dan suami. 100% perlukan sokongan dia, tak boleh buat apa-ape. Bercakap pun dia dah makin slow. Nak menelan pun dah tak boleh. Rasa macam terlalu cepat kesan sakit tu bertindak.

Kos rawatan yang semakin meningkat, tetapi dengan kekuatan serta semangat daripada ibu dan ayah untuk melihat anak mereka kembali sihat ia merupakan perkara kedua. Paling utama adalah untuk melihat anaknya kembali sihat seperti kanak-kanak biasa.

“Harap Allah bagi petunjuk rawatan mana yang dapat menyembuhkn dia kembali…”

@manggoshushu

#ad Awak masih kecil nak tanggung semua ni anakku 😭 #fyp #masukberanda

♬ Ingin memeluk dirimu Dorman manik – Dorman Manik & Rany Simbolon

Selain daripada rawatan hospital, mereka juga berikhtiar dengan rawatan yang lain. Harapan hanya satu, untuk sembuhkan anak tercinta mereka.

Sungguh meruntun hati semua pembaca yang melihat rakaman video adik Iman ini sangat cekal dan kuat melawan penyakitnya itu. Rata-rata orang ramai turut mendoakan segala urusan adik Iman dipermudahkan dan sihat seperti sedia kala.

@manggoshushu

#ad Saya bersilakan kaki dia supaya darah berjalan #fyp

♬ bunyi asal – Legacy🐼Jr28 – Legacy🐼Jr28

@manggoshushu

#ad ad.inshaa Allah bukan bahagia di dunia tp akhirat pasti #fyp #raredisease

♬ suara asli – Temani Aku 😉 – Temani Aku 😉

BACA: Banjir Paras Dada, Lelaki Sebak Tengok Keadaan Rumah, Selut & Pasir Tebal Naik Separuh Dinding

Sumber: Nisaa hazwan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.