Seorang lelaki warga Palembang, Indonesia didakwa bunuh diri secara ‘live’ di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, dipercayai dengan cara menggantung diri hingga maut.
Meninjau artikel terbitan Indo Zone, pegawai polis Sukarami, Ipda Herman menerima laporan kejadian tersebut daripada rakan kerja mangsa pada 5 Mac semalam.
“Rakan kerja mangsa melaporkan hal tersebut pada pihak polis setelah menonton siaran langsung di akaun Instagram milik mangsa.
“Sejurus menerima laporan, Herman dan beberapa lagi anggota polis lain bergegas menuju ke tempat kejadian,” lapor Indo Zone.
Menurut Indo Zone, ketika di lokasi kejadian, pihak polis menemui mangsa yang telah pun meninggal dunia, dipercayai dalam keadaan tergantung dengan kaki terjuntai hanya beberapa inci dari lantai.
Seterusnya, mayat mangsa yang juga merupakan pekerja di sebuah kilang rotan dipindahkan oleh pasukan forensik untuk melakukan tindakan susulan.
“Kami masih mengkaji motif kejadian bersama polis Palembang,” katanya.
BACA JUGA: Alami Kemurungan, Wanita Ditemui Terbaring Di Atas Kubur Bapa, Dipercayai Bunuh Diri
Terdahulu di Malaysia, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pernah menyelamatkan seorang lelaki dari cubaan membunuh diri di Sky Deck Menara Kuala Lumpur dua bulan lalu.
Menerusi kejadian tersebut, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 5.11 petang hari kejadian, lapor Kosmo!
Ketika kejadian, seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba & Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya memetik laporan Kosmo! ketika itu.
BACA JUGA: Bomba Berjaya Selamatkan Lelaki Dari Cubaan Bunuh Diri Di Sky Deck Menara Kuala Lumpur
Sumber: Indo Zone