Siakap Keli
smartphone percuma

Memang ‘Gila’, Syarikat Ni Nak Bagi ‘Smartphone’ Percuma Kat Netizen Kalau Berani ‘Serang’ Post Yang Mereka Nak

Rasanya ramai je yang tahu netizen ni ada kuasa yang sangat besar di dalam media sosial. Apa tidaknya, kat mana-mana pasti ada netizen yang bagi pendapat. Walaupun ada segelintir yang beri komen berunsur negatif, tapi tak dinafikan bahawa laman maya turut dibanjiri komen-komen yang positif dan membina.

Memang ‘Gila’, Syarikat Ni Nak Bagi ‘Smartphone’ Percuma Kat Netizen Kalau Berani ‘Serang’ Post Yang Mereka Nak

Untung lah jadi netizen kali ni, mudah2 ja dapat smartphone baru. Kalau korang nak, klik ni

Apa yang lebih menarik, jadi netizen ni pun ada untungnya tau. Sebabnya, ada satu syarikat ni selamber nak bagi smartphone percuma kat netizen yang berani ‘serang’ post yang mereka sebutkan. Tapi, mestilah ada cara-cara dia kan. Kalau korang nak tahu, jom baca sampai habis.

Kempen Lucky Draw TECNO Mobile Malaysia ‘Break Energy Limits’, Boleh Menang Smartphone Percuma

Syarikat pengeluaran telefon terbaru di Malaysia iaitu TECNO Mobile akan membuat satu kempen lucky draw! Kempen yang dinamakan ‘Break Energy Limits’ ini sememangnya sangat superb di mana korang para netizen ni berpeluang mendapatkan sebuah smartphone percuma je.

Cara dia sangatlah mudah. Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah dekat bawah ni:

  1. Pertama, pergi ke page Facebook rasmi TECNO Mobile Malaysia
  2. Kedua, pilih top post mereka
  3. Ketiga, korang hanya perlu like,share serta tag 3 rakan korang dan komen di post tersebut mengenai satu perkara yang korang lakukan sehingga memberikan tenaga kepada seseorang

TECNO Mobile kemudiannya akan pilih komen-komen yang paling bermakna untuk diorang berikan model smartphone terkini mereka iaitu TECNO POVA Neo! Sebanyak 3 orang netizen yang bertuah akan dipilih!

Fuhh, cuma like, komen, tag dan share je pun boleh menang smartphone, mudah betul. Sambil-sambil main Facebook pun boleh buat.

Apa Yang Menarik Dengan TECNO POVA Neo? Untung Dapat Smartphone Percuma

Percuma tu percuma juga. Tapi, korang semua mesti nak tahu juga apa yang menarik dengan smartphone percuma TECNO POVA Neo ni sampai ada offer ‘gila’ macam ni. Dijual pada tanda harga RM, model POVA Neo ini merupakan smartphone menarik yang dilengkapi dengan Memory Fusion 4+3GB!

Smartphone percuma ni turut didatangkan dengan kuasa bateri ‘raksasa’ sebanyak 6000mAh. Jadi, korang nak main game sampai 17 jam boleh, tonton video sampai 20 jam pun boleh, nak surf internet sampai 15 jam pun tiada masalah. Korang dah tak perlu risau lagi pasal isu bateri low.

smartphone percuma

Bukan setakat kuasa bateri, korang tahu tak yang POVA Neo memiliki dual flashlight dengan resolusi 8MP di bahagian kamera hadapan. Manakala kamera belakang pula mempunyai resolusi 13MP yang mampu membawakan imej lebih jelas dan pemprosesan yang sangat baik.

Ciri-ciri Tambahan Lain Yang Menarik

Model TECNO POVA Neo ini juga mempunyai pelbagai ciri tambahan yang tidak kurang hebatnya selain daripada yang dinyatakan di atas. Smartphone percuma dalam kempen ini turut dilengkapi dengan fungsi Game Space, Social Turbo, Smart Panel, Micro Intelligence, Fast charging 18W dan App Twin yang mampu membuatkan korang berpuas hati.

Dengan saiz skrin berukuran 6.8 inci, ianya dihadirkan dengan dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Geek Blue.

Masih Baru Di Malaysia, Kenali TECNO Mobile

Asyik bercakap pasal smartphone percuma je, jom kita kenal pula syarikat yang mengeluarkan POVA Neo ni. Syarikat TECNO Mobile merupakan syarikat pengeluaran telefon antarabangsa yang mula ditubuhkan pada tahun 2006. Lebih menarik lagi, TECNO Mobile telah mula melebarkan jenamanya di pasaran Malaysia pada tahun 2021. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga mempunyai official partnership yang ‘bukan kaleng-kaleng’ iaitu aktor terkenal Hollywood Chris Evans dan pasukan bola sepak Manchester City!

smartphone percuma

Kempen ‘Break Energy Limits’ akan bermula pada 5 Mac ini dan berakhir pada 31 Mac 2022. Nak tahu lebih lanjut, ikuti akaun media sosoal rasmi mereka di Facebook dan Instagram. Apa korang tunggu lagi, cepat pergi page mereka dan korang boleh menangi smartphone percuma TECNO POVA Neo yang best!

Adib Mohd

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.