Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) agar penceramah tidak perlu memakai pelitup muka ketika memberi ucapan namun perlu ada penjarakan fizikal yang sesuai.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan memaklumkan kepada pegawai KKM.
“Ceramah sekarang ini yang berucap saja boleh buka pelitup muka sekiranya ada penjarakan yang sesuai, lepastu kena pakai balik.
“Saya terima banyak aduan kata susah nak berucap pakai pelitup muka, jadi saya telah bincang perkara ini dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan mendapati bahawa kalau ada penjarakan yang sesuai, penceramah boleh buka pelitup muka.
“Perkara ini saya telah maklumkan pada pegawai saya dan syor telah dikemukakan kepada SPR,” katanya.
#PRNJohor: @KKMPutrajaya syor kepada @sprgovmy, penceramah tidak perlu memakai pelitup muka ketika memberi ucapan namun ada penjarakan fizikal yang sesuai – @Khairykj pic.twitter.com/edFc2qoM1T
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 6, 2022
Sumber: Bernama