Seorang wanita terkejut apabila tidak sengaja merakam satu sosok ngeri yang muncul di sebelahnya dalam pantulan televisyen.
Wanita yang dikenali sebagai Esmeralda telah memuat naik video tersebut ke akaun TikTok miliknya untuk mendapatkan bantuan dan komen dari pengguna lain.
“Adakah saya berkhayal, atau? Jadi bunyi di sini adalah kura-kura saya dan saya sendirian di rumah, tetapi,” dia merakam dalam mod swafoto sebelum dia membelek kamera ke belakang.
“Pantulan menunjukkan ada seseorang yang duduk di sebelah saya”.
@_wonderwoman1_ #ghost #hauntedhouse #creepy #shadow #reflection #scary #fyp #fpyシ #help #wheresmysage #hellnotothenonono
Beberapa penonton terus mengaitkan adegan itu dengan filem seram “Ring” kerana mereka membandingkan bayang figura wanita berkenaan dengan watak roh dalam filem itu.
Dia membalas dalam video lain dan menunjukkan bilik di sekeliling bahawa tiada sesiapa di dalam rumah.
Dia melambai-lambaikan tangannya untuk menunjukkan bayangnya pada pantulan skrin televisyen dan semasa dia bercakap, anjingnya menyalak ke arah betul-betul di sebelahnya.
@_wonderwoman1_ Reply to @vonderbod update hi haunted creepy
Sumber: Daily Star & TikTok