Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 3:00 petang, 6 Mac 2022 mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia sehingga 7 malam ini.

Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipir, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan), Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Johor (Segamat dan Mersing), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Miri: Miri dan Marudi), Sabah (Pantai Barat: Tuaran, Ranau dan Kota Belud, Tawau: Tawau, Kunak dan Lahad Datu, Sandakan: Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan, dan Kudat: Kota Marudu.

Bagi penduduk di beberapa kawasan yang dijangka terlibat dengan ribut petir, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.