Siakap Keli
Gambar via Bernama

COVID-19: 27,435 Kes Dicatatkan Semalam, 379 Kes Dimasukkan Ke ICU

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 27,435 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (6 Mac).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 3,622,607 kes.

Daripada 27,435 kes, sebanyak 27,181 kes adalah kes tempatan dan 254 kes lagi adalah kes import.

Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 379 kes, manakala 216 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

Memetik kenyataan akhbar KPK, pecahan kes COVID-19 mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 9,756 kes (35.56%);
  • Kategori 2: 17,495 kes (63.77%);
  • Kategori 3: 89 kes (0.33%);
  • Kategori 4: 53 kes (0.19%); dan
  • Kategori 5: 42 kes (0.15%).

Sumber: Kenyataan Akhbar KPK

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.