Seorang lelaki dilaporkan bersembunyi di loteng rumah seorang gadis berusia 24 tahun selepas bertemu dengannya di laman sosial OnlyFans.
Lelaki berusia 20 tahun dari Pennsylvania itu didakwa memperoleh kunci rumah mangsa dan membuat salinannya untuk mengakses kediaman mangsa di New Hampshire, Amerika Syarikat.
Suspek kemudian bersembunyi di loteng rumah mangsa itu pada waktu malam lalu bertindak merakam mangsa tersebut ketika dia sedang tidur.
Mangsa menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila ibunya mula mendengar bunyi aneh yang datang dari loteng.
Suspek kini telah ditahan selepas polis melihat dia memanjat keluar dari loteng rumah mangsa dan menuju ke bumbung pada 9 Februari.
Memetik laporan Metro UK, suspek telah memasuki rumah wanita itu sekurang-kurangnya empat kali. Dia turut mengakui telah merancang untuk memasang alat pengesan pada kereta mangsa.
Pihak polis menemui rentetan klip pada telefon bimbit yang diambilnya ketika mangsa tidur dalam keadaan bogel.
Timbalan peguam Daerah Straffford Emily Garod memberitahu, suspek dibebaskan dengan syarat jaminan yang cukup ketat.
“Tetapi ia adalah kebimbangan berterusan, keselamatan mangsa semasa kes ini belum selesai, jadi sebab itu kami meminta dia ditahan sementara menunggu perbicaraan.”
Ketika disoal siasat, suspek mendakwa pada mulanya dia memecah masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan TV dan pendiang api yang dihadiahkannya kepada mangsa.
Dia turut mendakwa bahawa mangsa mahukan seorang lelaki yang taksub dengannya.
Suspek kini didakwa dengan empat pertuduhan termasuk pecah rumah. Bagaimanapun, dia telah dibebaskan dari penjara minggu lalu dan dipakaikan gelang pengesan untuk memastikan dia tidak melanggar perintah larangannya.
Sumber: Metro UK