Siakap Keli

(Video) TERKINI: NADMA Senarai Lokasi 9 Jalan & Sungai Paras Bahaya Sekitar KL

Kini terdapat beberapa lokasi utama di sekitar Lembah Klang yang dinaiki banjir kilat ekoran cuaca hujan yang berlangsung pada petang ini.

Bernama TV menerusi Twitter dan Facebook turut berkongsi beberapa rakaman terkini memaparkan keadaan semasa lokasi terjejas.

Antara salah satu rakaman yang dimuat naik adalah seperti di bawah. Kelihatan beberapa kenderaan didapati terpaksa meredah banjir yang meninggi hingga paras tayar.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA) turut mengesahkan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan.

Setakat perkongsian Bernama TV sebentar tadi, antara lokasi terjejas di sekitar ibu kota seperti yang dilapor NADMA adalah seperti berikut:-

Untuk makluman kawasan yang dilaporkan telah mula di naiki air sekitar Balai Dang Wangi:-

  • Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang
  • Jalan Leboh Ampang
  • Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama)
  • Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.

Sungai yang melepasi paras amaran:-

  • Sentul – Sg Batu
  • Jambatan Sulaiman – Sg Klang
  • Lebuh Pasar – Sg Klang
  • Jalan Parlimen – Sg Gombak

Sungai yang melepasi paras bahaya:-

  • Jalan Tun Razak – Sg. Gombak

Sumber: Bernama TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.