Siakap Keli
Kredit: FB Community Roda Johor - CRJ

(Video) TERKINI: Tidak Hanya KL, Beberapa Kawasan Di Kulai, Johor Turut ‘Ditenggelami’ Banjir Kilat

Ekoran hujan lebat yang melanda beberapa beberapa kawasan di Lembah Klang, di Johor juga turut mengalami situasi yang sama. Hal ini menyebabkan beberapa kawasan di sana turut mengalami banjir kilat.

Terbaharu, beberapa kawasan di daerah Kulai, Johor dilapor mengalami banjir kilat. Perkara ini dimaklumkan menerusi laman rasmi Facebook Community Roda Johor – CRJ.

Menurut laman itu, banjir kilat berlaku dalam hampir-hampir dua jam selepas hujan lebat.

Menerusi beberapa rakaman video yang dikongsikan, kelihatan air sudah menaiki jalan. Begitu juga dengan stesen minyak di kawasan berhampiran yang turut dinaiki air.

“Banjir kilat di beberapa tempat di daerah Kulai. Hati-hati di mana sahaja anda berada.

“Baru, tak sampai dua jam hujan lebat. Dah macam ni.

“Semoga dipermudahkan urusan yang terjejas,” tulis mereka.

Berikut di bawah adalah beberapa rakaman video yang turut dimuat naik.

 

 

 

 

 

Sumber: FB Community Roda Johor – CRJ

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.