Seorang wanita menawarkan perkhidmatan untuk menguji kesetiaan pasangan kepada para wanita lain dengan mengenakan bayaran sebanyak £1,400 (RM7,737), lapor Mirror UK.
Carolina Lekker, yang pernah muncul di muka depan majalah Playboy Africa mengatakan bahawa perkhidmatannya merupakan satu bentuk bantuan buat wanita yang berasa sangsi terhadap pasangan mereka.
Modus operandinya adalah dia akan berfoya-foya dengan lelaki berkenaan dan cuba mengatur pertemuan dengannya.
Jika lelaki itu mengabaikan godaan Lekker, ia bermakna lelaki tersebut setia dan Lekker akan memulangkan semula wang kepada teman wanitanya.
“Jika dia mahu berjumpa dengan saya selepas sesi perkenalan, maka saya akan dapat wang tersebut dan dia tidak lulus ujian kesetiaan”, kata Lekker.
Carolina mendakwa dia telah memperoleh lebih £1,400 (RM7,737) daripada perkhidmatan itu. Dia juga membelanjakan wang itu untuk meningkatkan imejnya.
“Saya akan menggunakan wang daripada perkhidmatan ini untuk membiayai pembedahan kosmetik”.
Sumber: Daily Mail