Siakap Keli

Rakan Baik Ayah Akhirnya Dedah ‘Pesanan’ Terakhir Tangmo Nida Sebelum Maut

Rakan baik ayahnya mendedahkan pesanan terakhir Tangmo Nida Patcharaveerapong sebelum menemui ajal di Sungai Chao Phraya pada Khamis (24/2) lalu.

Memetik daripada laporan, Chuenduang mendedahkan mesej tersebut semasa hadir ke balai polis Muang Nothhaburi untuk memberikan keterangan.

Pesanan Terakhir Tangmo

Dia mendakwa sering berbalas mesej bersama Tangmo, anak rakannya itu. Dalam pesanan terakhir Tangmo itu, mangsa mengatakan hasrat untuk mendaftar anak angkatnya yang dikenali sebagai Easter untuk ke Sekolah Kasetsart yang merupakan antara sekolah berprestij di Thailand.

Easter merupakan anak kepada Kratik iaitu pengurus peribadinya sekaligus sahabat baik Nida. Mendiang Tangmo sangat menyanyangi anak angkatnya itu.

BACA: “Seorang Daripada Mereka Pasti Berbohong,” Polis Thailand Curiga Dengan Kenyataan Saksi Kes Tangmo

“Tangmo sangat sayang pada anak kecil itu. Oleh sebab itu, saya berharap pihak polis dapat mendedahkan perkara sebenar supaya orang ramai tahu,” katanya lagi.

Jelasnya, dia masih percaya pihak polis Thailand mempunyai ketepatan dan ketelusan serta keadilan untuk mengendalikan kes ini. Dia berharap semua pegawai yang berkaitan akan menjalankan tugas mereka dengan jujur.

Berdasarkan laporan, sebelum Chuenduang hadir ke balai polis tersebut, dia sempat menziarahi Jeti Pibulsongkram 1 di mana tempat kemalangan Tangmo Nida berlaku sebagai penghormatan terakhir kepada anak rakannya itu.

Terdahulu, mendiang Tangmo didakwa meninggal dunia selepas tergelincir daripada bot laju dekat Jeti Phibulsongkram 1 pada Khamis sekitar jam 10 malam. Mangsa terjatuh ke dalam sungai Chao Phraya yang merupakan sungai utama di Bangkok.

Bagaimanapun, sehingga kini kes kematian pelakon terkenal ini masih di dalam siasatan pihak polis. Tangmo Nida adalah pelakon terkenal di negara Thailand dan seringkali muncul dalam beberapa siri drama Thailand yang popular antaranya Pleng Ruk Baan Nah dan Jao Ying Lhong Yook. 

Beliau dilahirkan di Bangkok Thailand dan memulakan karier sebagai pelakon pada tahun 2003 dan aktif berlakon sehingga ke penghujung usianya apabila disahkan meninggal dunia pada usia 37 tahun.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.

Sumber: CNN Indonesia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.