Umat Islam akanl menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang lebih kurang sebulan sahaja lagi. Maka bermulalah episod bangun sahur di pagi hari dan berbuka puasa sejurus azan Maghrib berkumandang.
Waktu berbuka puasa mungkin tak menjadi masalah, tapi bila nak bersahur tu kadang-kadang tekak pun tak berselera nak makan. Maklumlah, bangun-bangun tidur dah kena alas perut buat bekal berpuasa.
Bagi yang selalu tak berselera makan sahur atau nak jimat masa memasak pagi-pagi, mungkin korang boleh sediakan juadah ni siap-siap sebelum menjelang Ramadhan. Menu ni boleh juga dijadikan juadah sampingan masa berbuka puasa.
Oleh itu, melalui grup Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), pengguna akaun CikAyu Masfaliza Ab Jaafer ini berkongsi resepi sambal bilis garing, sesuai untuk seisi keluarga.
Ikuti resepi mudah sambal bilis garing yang dikongsikan Cik Ayu di bawah ini.
Resepi sambal bilis garing
1. Goreng bilis garing-garing.

2. Buang biji, basuh dan jemurkan cili sehingga betul-betul kering. Cik Ayu campurkan cili kering dengan cili kering jenis besar untuk kurangkan pedas cili.

3. Gorengkan cili dengan sedikit minyak menggunakan api yang kecil. Goreng sehingga cili menjadi rapuh dan garing.

4. Masukkan cili ke dalam food processor dengan sedikit gula halus.

Hasil lepas dikisar:

5. Panaskan minyak dan masukkan kiub pati ikan bilis Adabi. Tunggu sehingga kiub hancur dan berbuih-buih. Tutupkan api, agak-agak dah sejuk sedikit minyak, masukkan cili kisar tadi. Hidupkan api tapi kecil ye. Kerap alih-alih dikhuatiri cili akan hangus.

Nampak cantik kan sambal kita. Kalau agak-agak nampak kering sangat boleh letakkan minyak sedikit. Jangan berminyak sangat tau!

6. Taburkan sedikit perisa Hilal dalam sambal kita.

7. Bila sambal dah betul-betul sejuk, gaulkan dengan ikan bilis kita tadi. Gaul sampai rata.

8. Masukkan pula bawang putih crispy, bawang putih ni jadi pelemak sambal garing kita.

Hasilnya selepas digaul rata. Fuhhh sedap ni kalau ada nasi panas-panas, tak payah lauk lain pun takpa dah.

9. Masukkan ke dalam bekas kedap udara. Bila nak makan, gunakan sudu kering dan tutup rapat selepas dibuka. InsyaAllah tahan lama.

Boleh la buat siap-siap sebagai persediaan untuk bulan puasa nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook CikAyu Masfaliza Ab Jaafer via MAHN