Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 26,856 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam (7 Mac).
Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 3,649,463 kes.
Daripada jumlah itu, sebanyak 26,645 kes adalah kes tempatan dan 211 kes lagi adalah kes import.
Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 368 kes, manakala 223 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.
Memetik kenyataan akhbar KPK, pecahan kes COVID-19 mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Kategori 1: 10,160 kes (37.83%);
- Kategori 2: 16,508 kes (61.47%);
- Kategori 3: 81 kes (0.30%);
- Kategori 4: 57 kes (0.21%); dan
- Kategori 5: 50 kes (0.19%).
Sumber: Kenyataan Akhbar KPK